Isnin, Ogos 03, 2009

SEKITAR HARI PERTAMA TUAN GURU HAJI HADI DI TAWAU PADA 2 OGOS 2008

Tuan Guru dan 3 ahli rombongan baru sampai di lapangan terbang Tawau (jam 10.05 pagi).. anak beliau, s/u kerja Presiden dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pusat. Kelihatan rakan-rakan dari Kinabatangan (4-5 jam perjalanan sanggup datang)turut berada dalam sambutan tersebut
Program terakhir hari Ahad 2 ogos 2009- 9 malam- Amanat dan soal jawab di Pejabat Pas Kawasan.. lebih 50 orang hadir.. berkatnya majlis bersama Ulamak.. pengerusi majlis En. Kadarisman
Majlis Dialog Umum Bersama Tuan Guru di Hotel MB cukup luar biasa! 200 orang lebih datang termasuk pegawai keselamatan Tawau. Soalan dan jawapan cukup matang dilontarkan oleh hadirin (termasuk pro Umno) dan dijawab secara jujur dan hikmah oleh Presiden... * boleh buat lagi di Hotel MB..
Alhamdulillah, diizinkan oleh AJK Masjid Bandar, Tawau untuk Tuan Guru menyampaikan tazkirah ringkas selepas Solat Zohor.. topik melibatkan solat dan kaitan dengan Isra' Mi'raj.. ramai yang menunggu mendengar.. aura Tuan Guru bah!
Gambar di atas, merupakan saat awal ketibaan Tuan Guru di Tawau. Tuan Guru dibawa ke Pasti Kuhara sejurus tiba di Tawau.. jamuan yang enak dan mengenyangkan hadirin dan hadirat diuruskan oleh Muslimat Kawasan Tawau.. rakan-rakan yang pergi lapangan terbang menyambut tuan guru diberi layanan yang sedap-sedap.. majlis ringkas dan meriah.. selepas jamuan tersebut, barulah Tuan Guru dibawa menunaikan solat di Masjid Bandar (gambar di atas)


>>> sesaat bersama alim ulamak tak puas.. aura mereka untuk kita takut kepada Allah itu ada.. terasa kerdil kita dalam ilmu dan pengalaman... AYUH! BERILMU SEBELUM MULUT DISUMBAT DENGAN TANAH!

Tiada ulasan: