Jumaat, Ogos 21, 2009

KHUTBAH JUMAAT-21 OGOS 2009 > H1N1 + PUASA

Khutbah 1: Jumaat 21 OGOS 2009
(H1N1- BUKTI ALLAH BERSIFAT AN-NAFI’ DAN ADH-DHOR)


الحمد لله ثم الحمد لله، الحمد لله حمداً يوافي نعمه ويكافئ مزيده، يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك ولعظيم سلطانك،
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن سيدَنا ونبيَنا محمداً عبدُه ورسولُه، وصَفِيُّه وخليلُه، خَيْرَ نبيٍ أَرْسَلَهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ إلى العالمَ كلِهِ بَشيراً ونذيراً،
اللهم صلِّ وسَلِّمْ وبارِكْ على سيدِنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد؛ صلاةً وسَلاَماً دَائِمَيْنِ مُتَلازِمَيْنِ إلى يوم الدين، وأوصيكم ـ أيها المسلمون ـ ونفْسِي المُذْنِبَة بتقوَى الله تعالى.
أما بعد، فيا عباد الله ،


Saudara-saudara kaum Muslimin Sidang Jumaat yang berbahagia!

Penyakit selsema pernah melanda umat manusia di awal kurun ke 20 dahulu yang menyebabkan kematian melebihi 100 juta orang.

Media melaporkan kelmarin bahawa korban wabak influenza A (H1N1) telah bertambah 1 orang dan menjadikan jumlah semua seramai 68 orang di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Satu hadis riwayat Ibnu Majah dan Al-Bazzaz ada menyatakan yang bermaksud :”
Sekiranya berlaku satu perbuatan keji (fahisyah) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu”.

Hadis ini menjadi petunjuk yang jelas bahawa selsema babi H1N1 adalah bala Allah yang dihantar kepada kaum-kaum yang melakukan perkara keji dan melanggar hukum-hukum Allah secara terang-terangan.

Peristiwa seperti ini mempunyai pengajaran tersendiri sepertimana peristiwa yang berlaku ke atas kaum Lut, A’ad dan Tsamud yang ditimpa bala kerana enggan patuh arahan Allah setelah diseru oleh Nabi (pesuruh/wakil) masing-masing.

Firman Allah : Surah Al-Ahqaf ayat 27


” dan sesungguhnya kami balakan negeri-negeri sekitar kamu dan kami tinggalkan kesan-kesannya sebagai bukti yang jelas kebenaran kami supaya kamu segera kembali bertaubat kepada kami”

Begitu juga firman Allah dalam surah Al-An’am, ayat 42-45 :


” seandainya apabila turunnya bala kami ke atas mereka lalu segera mereka melutut kepada kami, bergunalah kami. Akan tetapi, malangnya hati mereka sangat keras kerana sentiasa ditipu oleh syaitan dengan menggambarkan seolah-olah meraka sudah begitu baik. Maka apabila mereka lupa apa yang diperingatkan itu, Allah beri kesempatan kepada mereka untuk bergembira seketika dengan nikmat yang melimpah ruah lalu tiba-tiba kami turunkan secara mengejut bencana kami, maka mereka menerima kesengsaraan yang berpanjangan. Demikian balasan Allah kepada orang-orang yang zalim dan segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam”.

Firman Allah dalam Surah AL-BAQARAH – 183 :

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


Bagaimanakah perasaan anda jika ada seorang tetamu yang anda cintai dan rindukan memberitahu, bahwa dia akan datang dan tinggal bersama anda selama beberapa hari, apa yang akan anda lakukan?

Tidak diragukan lagi, anda akan senang dan berbahagia, kemudian anda akan bersiap-siap menyambut kunjungan itu dan sedapat mungkin anda akan menyiapkan diri, membersihkan rumah dan menyiapkan acara-acara yang menarik dalam rangka kunjungan itu. Bukankah demikian? Jawabannya adalah, ” Sudah Tentu!"

Tetamu yang dimaksudkan itu tidak lain adalah Ramadhan, bulan yang mulia, bulan al-Qur'an, bulan shiyam, bulan bertahajjud dan qiyamullail, bulan kesabaran dan takwa, bulan kasih sayang, ampunan dan terbebasnya hamba dari api neraka, bulan yang terdapat di dalamnya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan di mana syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka.

Bulan saat ’amal kebaikan dilipat gandakan dan penuh berkah dalam ketaatan, bulan pahala dan keutamaan yang agung. Maka sayugianya setiap yang mengetahui sifat-sifat tetamu ini untuk menyambutnya sebaik mungkin, mempersiapkan berbagai amal kebajikan agar memperoleh keuntungan yang besar dan tidak berpisah dengan bulan itu, KECUALI dia telah menyucikan ruh dan jiwanya.

ALlah Ta'ala berfirman, artinya, "Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu"
(asy-Syams: 9). قد أفلح من زكاها

Apakah erti Puasa? As-Siam? Puasa pada bahasa ialah menahan. Dalam istilah syarak beerti menahan nafsu daripada segala yang membukakan puasa pada siang hari bermula dari terbit fajar Sodiq hingga terbenam matahari.

Ayat 183, Surah Al-Baqarah : Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Bagaimanakah Kita Menyambut Ramadhan? Di antara cara kita boleh menyambut Ramadhan ialah :-

1. Berdo'a, semoga ALLAH memanjangkan umur kita sampai bulan Ramadhan, seperti yang dilakukan oleh sebahagian golongan SALAF, begitu juga memohon kepada ALLAH pertolongan dan kekuatan dalam menunaikan puasa, qiyamullail dan beramal solih di dalamnya. ALLAH Ta'ala berfirman, artinya, "Hanya kepada Engkaulah kami beribadah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan".
إياك نعبد و إياك نستعين
(al-Fatihah:5)
2. Kebersihan dan kesucian, maksudnya adalah kebersihan ma'nawi iaitu taubat yang tulus dan sebenar-benarnya dari segala dosa dan maksiat. Bagaimana mungkin seseorang menunaikan puasa sedangkan dia berbuka dengan sesuatu yang haram, menyuapkan makan dan minum hasil haram ke dalam mulut anak-anaknya seperti hasil judi, hasil curi atau meninggalkan solat, atau derhaka kepada kedua orang tua.

3. Bertafaqquh (memahami) hukum-hukam puasa memasuki puasa; mempelajari syarat-syarat sah, yang membatalkan puasa, hukum puasa pada hari yang diragukan, apa yang boleh, wajib atau haram dilakukan oleh seseorang yang sedang melakukan puasa, apa adab dan sunnah-sunnahnya, hukum-hukum qiyamullail, berapa bilangan raka'atnya, hukum-hukum puasa bagi yang berhalangan baik karena muasafir atau sakit, hukum zakat fitrah dan lain-lain. Begitu pula mengenai petunjuk Nabi saw dalam bulan Ramadhan

4. Mempersiapkan acara-upacara menyambut “tetamu agung", di antaranya dengan membaca al-Qur'an, mempelajarinya Al-Quran kemudian menghafalnya, qiyamullail, menjamu buka puasa kepada orang-orang yang berpuasa, solat tarawikh, melakukan umrah, i'tikaf, dan berlumba-lumba dalam kebaikan dengan semangat “fastabiqul khairat”, sedekah, zikir, penyucian jiwa dan lain-lain.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,

Datanglah ke masjid atau surau pada Bulan Ramadhan samada di Masjid Muhajirin ini, surau Nurul Falah, surau perumahan kilang sawit dan lain-lain. Kita bersama-sama solat sunat tarawikh 8 rakaat atau 20 rakaat. Kita belajar Al-Quran. Kita membaca Al-Quran. Jangan malu untuk belajar solat walaupun umur sudah 40, 50 atau 60 tahun. Biar malu di dunia, jangan kita malu di depan Allah di akhirat! Peliharalah mulut atau lidah kita dari bercakap perkara yang sia-sia. Peliharalah anggota badan kita dari melakukan dosa dan maksiat. Wajah mereka yang benar-benar berpuasa sahaja akan nampak bersih dan gembira ketika berbuka puasa sedang orang yang tidak berpuasa, tidak akan merasai nikmatnya puasa! Jangan kita cuba mencari jalan mudah untuk berbuka puasa atau tidak puasa walaupon Islam memberi rukhsah untuk berbuka atau tidak berpuasa! Cubalah menahan diri untuk berpuasa!

سورة العصر
بارك الله لي ولكم في القرآن العظيم.
ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم. وتقبل مني ومنكم تلاوته. إنه هو السميع العليم.
وأستغفر الله لي ولكم ولوالدي ولوالديكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم والأموات. فاستغفروه فيا فوز المستغفرين و يا نجاة التائبين.


Khutbah 2

الحمد لله الذي اصطفى من ولد آدم. فأرسله بشيرا ونذيرا.
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين. وعلى آله وصحبه أجمعين.
أشهد أن لاإله إلا الله وحده لا شريك له. وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.
أللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد.
أما بعد : فيا عباد الله, أوصيكم ونفسي بتقوى الله! فقد فاز المتقون.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian,

Di antara kelebihan bulan Ramadhan ialah :-
رمضانُ إلى رمضانُ، والجمعةُ إلى الجمعةِ، والصلاة إلى الصلاة مُكَفِّرَاتٌ لِمَا بينهن إذا اجْتُنِبَتْ الكبائرُ
1. [ Bulan Ramadan ke bulan Ramadan, dan Jumaat ke Jumaat, dan solat ke solat menjadi Penebus Dosa di antara keduanya selama mana dijauhi dosa besar] – al-Hadith
2. [ Bulan Ramadan itu ialah bulan kesabaran, dan ganjaran kesabaran ialah syurga ]
3. هو شهر الصبرِ ، والصبر ُثوابهُ الجنة
4. Di dalam bulan Ramadan diturunkan kitab suci al-Quran dan dipilih di antara malam-malamnya satu malam ‘LailatulQadar’ yang lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan ialah kira-kira 83 tahun.
5. Di antara kebaikan dan keistimewaan puasa dari segi kesihatan ialah :-
• memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
• menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
• mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok

Maka, marilah kita bersama-sama menyambut dan mengisi Bulan Ramadhan yang akan bermula samada pada ESOK / Hari Sabtu ini dengan penuh kesungguhan dan sebenar-benar perhambaan kita kepada Allah, bimbang jika kita lalai dan engkar, maka bala Allah seperti h1n1 akan terus merebak! Jadikalanlah sambutan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang kita sambut tahun-tahun lepas.

الدعاء
اللهم اغفر للمسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأحياء منهم
والأموات إنك سميع الدعاء. ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار. والحمد لله رب العالمين.

عباد الله! إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي , يعظكم لعلكم تذكرون , فاذكروا الله العظيم يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم , واسألوه من فضله يعطكم ولذكر الله أكبر. والله يعلم ما تصنعون. أقم الصلاة.......................



Tiada ulasan: