Tahan dalang demonstrasi
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZ
utusanperak@utusan.com.my
KAMPUNG GAJAH 3 Ogos - Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan menangkap pihak yang terbukti menjadi dalang demonstrasi jalanan haram di ibu negara Sabtu lalu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ketenteraman boleh tergugat dan negara boleh kacau bilau jika amalan itu dibiarkan menjadi budaya rakyat di negara ini.
>>> uLASAN SAYA :
sirah perjuangan Islam, menunjukkan ramai alim ulamak,sahabat hatta Rasul dibunuh kerana menyeru manusia berbuat baik.. apakah tindakan para sahabat dianggap sebagai pengganas? tapi BN/UMNO zaman sahabat anggap pengganas.. kisah ashabul ukhdud satu contoh terbaik untuk kita renungkan...
terus lah zaman hingga ke hari ini.. alim ulamak yang meniup semangat melakukan yang baik, meninggalkan yang dilarang dianggap pengganas.. sedangkan banyak maksiat yang membunuh jiwa tidak dianggap bahaya!
Inilah ego dan kuasa yang disalah guna oleh pihak pemerintah... bukankah di kalangan pemerintah mempunyai penasihat agama, di mana letaknya agama yang dipelajari oleh Dr mashitah? dato' jamil khair? mengapa kamu tidak menasihatkan kerajaan?
1000 lebih lesen judi dikeluarkan kerajaan, tak dianggap dosa? kedai pelacuran.. kedai nombor ekor.. pusat karaoke yang bercanggah dengan syarak bermaharajalela kerana tidak dikatakan ganas.. yang ganas ialah yang bercakap agama! yang ditangkap bukan pemimpin yang rasuah.. tetapi alim ulamak yang ingin menolong agamanya.. bangsanya.. negaranya...
MEREKA MENIPU DAYA, DAN ALLAH SEBAIK-BAIK PENIPU DAYA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan