Isnin, Ogos 10, 2009

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

P'raya kecil Pmtg Pasir bulan puasa<< sumber malaysiakini.com
Ogos 10, 09 11:39am

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awak Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

>>> ulasan saya : 15 tahun rakyat memberi kepercayaan kepada PAS, Pakatan Rakyat untuk memerintah, maka ia bukti Pas boleh memerintah Malaysia dengan baik jika diberi amanah oleh rakyat Malaysia. BN bimbang dia tak dapat kaut duit banyak jika Pas perintah.

Tiada ulasan: