Isnin, Ogos 31, 2009

PROGRAM TERDEKAT PAS KAWASAN TAWAU!







PROGRAM TERKINI

OPS RISALAH

TARIKH: 31 OGOS 2009 (ISNIN) MASA : 10AM TEMPAT : PEJABAT PAS KAWASAN TAWAU

PAS FOR ALL

TARIKH : 5 SEPTEMBER 2009 (SABTU) MASA : 9AM TEMPAT : PASTI JALAN SADDANI

RAHSIA BUKAK PUASA DENGAN KURMA DAHULU? INFO BEST PUNYA..

>> Nabi saw dah pesan lama dah kepada kita agar makan buah kurma dahulu.. memang baginda saw tidak menerangkan secara detail melibatkan hikmah dari segi sains dan sebagainya, namun kajian yang dibuat pada masa ini membenarkan pesanan kekasih allah itu.. ikutilah kupasan di bawah..

Penolong Pengarah, Bahagian Zat Makanan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Surainee Wahab, berkata kurma atau nama botani Phoenix dactylifera mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, kalsium, vitamin B1, vitamin B2, beta karotena serta niasin.

“Buah kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.

“Amalan berbuka puasa yang baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat, vitamin dan mineral.

Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.

“Bagi mereka yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan serta minuman manis yang lain,” katanya.

Kurma baik untuk diet pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.

Ia juga dapat digunakan dalam masalah sakit kerongkong, selesema dan demam, juga dikatakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, selain mempunyai pelbagai khasiat lain.

Oleh kerana kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kandungan zat besi yang terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.

Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.

Dilaporkan 100 gram kurma segar mengandungi sumber vitamin C yang diperlukan badan dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga (960 kJ). Oleh kerana kurma mengandungi sedikit air, ia masih pekat walaupun sudah kering.

Bermakna dengan memakan kurma, badan mendapat tenaga mencukupi walaupun hanya dimakan sebiji dan segelas air. Oleh sebab itulah ada individu yang memilih berbuka puasa dengan hanya sebiji kurma dan badan sudah berupaya mendapat tenaga kembali selepas sehari suntuk berpuasa.

Kini, kurma bukan hanya dimakan umat Islam tetapi menjadi pilihan pelbagai masyarakat dunia yang hidangkan dalam pelbagai resipi serta juadah. Dengan ada reka cipta dalam dunia masakan, kurma boleh dinikmati pelbagai cara dan tidak lagi hanya dimakan sebagai buah semata-mata. Pakar masakan mula menjadikan kurma sebagai bahan pilihan dalam resipi yang dicipta.

Selain digabungkan dengan coklat, manisan dan agar-agar, kurma menjadi ramuan dalam kek, biskut dan jem yang menjadi menu tidak kira bagi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Peniaga juga memberi wajah baru kepada kurma dengan membuang biji dan digantikan dengan badam, dipakej dengan cara yang menarik dan kemas.

Malah, kini kurma menjadi bahan utama dalam hamper yang dihadiahkan kepada kawan-kawan, kenalan, saudara mara serta rakan niaga terutama menjelang Ramadan.

INFO HUKUM SEBATAN MINUM ARAK DALAM ISLAM!

Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan menumpukan usaha ke arah memperbaiki infrastruktur, pentadbiran dan proses pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah, seperti ketiadaan tukang sebat Syariah, ketiadaan penjara khusus untuk menempatkan pesalah Syariah, ketiadaan panel rayuan di beberapa buah negeri dan sebagainya.

Telah 52 tahun negara merdeka dan telah 52 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, namun perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Mahkamah Syariah dianaktirikan sedangkan Mahkamah Syariah adalah tempat di mana orang Islam yang sebahagiannya mengundi kerajaan semasa pilihanraya, berurusan dan mengadu masalah rumahtanga, harta dan lain-lain.

Masalah ketiadaan tukang sebat bukanlah suatu isu yang besar kerana kerajaan boleh melatih tukang sebat sivil untuk melaksanakan sebat menurut syariah.

Kartika Sari adalah sebahagian masyarakat Islam yang menjadi mangsa akibat sikap anak tiri dan sikap kerajaan yang tidak sensitif dan tidak boleh dijangka terhadap kehendak dan keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa:

Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat.

Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.

Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah? <<>

Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.


Artikel ini diterbitkan daripada kenyataan media Musa Awang, timbalan presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Ahad, Ogos 30, 2009

Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?

Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.

"
Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media.

Beliau mengulas kenyataan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan. <<>

Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu.

"Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya.

"Kita kena tengok juga enakmen pentadbiran undang-undang Islam di negeri Pahang ini sudah lama, sejak 1987 lagi, tentang sebatan dan prosedur pelaksanaan hukum sebatan ini.

"Tidakkan selama ini KDN tidak menyedari tidak ada tukang sebat. Sebab itulah kami kecewa dengan kenyataan (Hishammuddin) tersebut," tambahnya.

Jelasnya, hukuman sebat secara syarie pernah dijalankan di Kelantan beberapa tahun lepas di penjara Pengkalan Chepa.

PGSM yang bergabung dalam Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur sebagai reaksi kepada kenyataan beberapa pihak berhubung hukuman terhadap model sambilan itu.

Selain PGSM, Pembela turut disertai antaranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, seorang kakitangan Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan sebatan secara syarie pernah dijalankan di penjara di negeri itu. <<>

Beliau, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak dapat menyatakan tahun ia dilaksanakan tetapi yakin ia melibatkan seorang pesalah lelaki.

"Kalau ikut peraturan kita (peringkat persekutuan), memang tidak boleh sebat orang perempuan. Tapi kalau mahkamah syariah kata boleh, bolehlah," katanya lagi.

Ditanya sama ada penjara menyediakan kakitangan khas untuk menyebat pesalah wanita, sumber itu berkata: "Setakat ini kita tidak ada tukang sebat untuk pesalah wanita."
-------------------################----------------
kalau hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih.. Kerajaan Malaysia sebenarnya tidak mahu laksanakan Hukum Allah walaupun PM orang Islam... jika PM tak faham agama, rujuk orang agama.. takkan orang agama dalam Kerajaan Pusat nak sembunyikan ilmu agama yang mereka tahu dan belajar masa di Universiti dulu? rakan saya Exco Agama Negeri Pahang sudah tentu pening dengan situasi sekarang... TV1,2, Tv3, Astro, Radio Rasmi Kerajaan, Radio Swasta, Internet,FORUM, SEMINAR, dan sebagainya boleh Kerajaan guna untuk menerangkan kepada rakyat pelaksanaan Hukum Syariah ini, jika
MAHU!

MAJLIS IFTHOR PAS KAW TAWAU DAN QIYAMULLAIL PERTAMA/2009

ALHAMDULILLAH, BERJAYA PROGRAM IFTHOR JAMAIE PAS KAWASAN TAWAU 2009 KALI PERTAMA PADA HARI SABTU 29 oGOS 2009. JAMUAN DIBAWA OLEH RAKAN-RAKAN SAMADA YANG SUDAH DIBERI AGIHAN ATAU SUKARELA. DIMULAKAN DENGAN TADARUS RINGKAS SURAH AL-ANFAL, BERBUKA PUASA DENGAN JUADAH RINGAN, SOLAT MAGHRIB DAN JAMUAN MAKAN BERAT. SOLAT TARAWIH 8 RAKAAT DIIMAMKAN OLEH USTAZ KHAIRUN AMINUDDIN DAN UST ABDULLAH TAHIR. TAZKIRAH SELEPAS SOLAT DISAMPAIKAN OLEH CIKGU NASIR (GAMBAR ATAS). SOLAT ATAS TIKAR DI KAWASAN PASTI KUHARA. SEDERHANA DAN MERIAH.



JAM 3.30 PAGI 30 OGOS 2009 BERMULA QIYAMULLAIL PULA DI MASJID KPG TJ BATU KERAMAT SEPERTI PAPAN TANDA DI ATAS. MASA QIYAMULLAIL TAK RAMAI DATANG. HANYA KIRA-KIRA 10-15 ORANG SAHAJA. NAMUN, BILA TIBA SOLAT SUBUH SECARA BERJEMAAH TERKEJUT SAYA- KIRA-KIRA 80 ORANG MEMAKMURKAN MASJID YANG BERSERI YANG TERLETAK ATAS AIR LAUT INI.. TABIK LA KEPADA RAKYAT DI KAWASAN MASJID INI.. RUMAH YANG BERDEKATAN ANTARA SATU SAMA LAIN MEMANG MENCABAR. JIKA 1 JIRAN MEMPUNYAI TABIAT POSITIF, INSYA ALLAH AKAN MEREBAK KE JIRAN YANG LAIN.. TERIMA KASIH HAJI WAHID, AJK PAS KAWASAN YANG JUGA PENASIHAT MASJID DAN RAKAN-RAKAN YANG SUDI MENYEDIAKAN JAMUAN SAHUR.. :)


KELIHATAN SEBAHAGIAN JAMAAH SOLAT SUBUH, BILANGAN TERSEBUT SEAKAN-AKAN DATANG SOLAT TARAWIH... 80 ORANG JEMAAH SUBUH KIRA DASYAT LA DI AKHIR ZAMAN NI... RAMAI YANG DEWASA PULAK TU.. TAZKIRAH SUBUH DI SAMPAIKAN OLEH UST MOHD NAZRI MOKHTAR. ORANG YANG MUDA DI MANA, TAK BERAPA NAMPAK?

H1N1, TERKINI 72 KES KEMATIAN! < http://h1n1.moh.gov.my

H1N1: Lelaki 49 tahun mangsa terbaru, 202 pesakit baru dirawat

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat Influenza A (H1N1) meningkat kepada 72 apabila seorang lagi mangsa lelaki berusia 49 tahun didaftarkan mati hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata mangsa mendapat rawatan di Hospital Melaka pada 13 Ogos lalu selepas mempunyai simptom demam dan batuk selama dua hari serta muntah.

Beliau berkata, pesakit berkenaan sebelum ini dimasukkan ke wad dan mendapat rawatan antiviral influenza dan antibiotik serta merta tenat kerana masalah paru-paru.

katanya, beliau yang kemudian dipindahkan ke ICU meninggal dunia pada 19 Ogos lalu disebabkan pneumonia teruk dan H1N1.

Laporan biopsi bedah siasat yang diterima mendapati sampel paru-paru mangsa positif Influenza A (H1N1) pada 24 Ogos lalu, tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang disiarkan di laman web http://h1n1.moh.gov.my di sini, hari ini.

Sementara itu, sehingga jam 9 pagi tadi, 202 pesakit baru dengan tanda-tanda influenza-like illness (ILI) sudah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.


Bagaimanapun, 285 kes sudah didiscaj keluar, menjadikan baki 1,515 pesakit ILI sedangan dirawat di 97 hospital termasuk lima hospital swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, hanya 280 pesakit (19 peratus) yang disahkan positif H1N1, di mana 44 kes berada di ICU iaitu lima kes adalah kemasukan, tujuh lagi kes keluar dari ICU.

Bagi 44 kes yang masih dirawat di ICU, 36 (82 peratus) mempunyai faktor risiko.

Pecahan mengikut faktor risiko adalah penyakit kronik (3), obesiti (12), kanak-kanak/bayi (7), post-natal/hamil (2), penyakit jantung (3), kegagalan ginjal (4), asthma (3) dan imuniti rendah (

>> spirulina elken (keluaran Syarikat MLM Elken), antara produk yang boleh digunakan sebagai ikhtiar mencegah penularan H1N1.. FIKOSIANIN BAHAN DALAM SPIRULINA YANG DIJAMIN PAKAR PERUBATAN DR YASUMASA, DARI JEPUN ! Jika anda berminat lanjut, rujuk saya 019-4548454 yusry

PANAS!!! SEMBANG-SEMBANG BLOG PEMUDA-TAWAU.BLOGSPOT.COM> ISU YB JIMMY?

AK7 "sudah la PAS Tawau. Insaflah sempena ramadhan ni, sedarka kamu berpakat dengan Bapak Bapak Ayam yang membawa pelacur filipina dan indonesia ke Tawau.
Details
2009-08-25 1:31 AM
AK7 Insaflah, bersubahat dengan mereka sama juga kamu melakukan perkara tersebut. Tahu ka kamu siapa itu Jimmy Wong?
Details
2009-08-25 1:32 AM
-----------------------------------

KASIHAN PENYOKONG UMNO/BN.. DILEPASKAN GERAM DALAM BLOG PEMUDA KONON KITA DAPAT DOSA SAMA SEPERTI YB JIMMY (KONON BAPAK AYAM).. MASA UMNO PERINTAH, AK7 BUAT APA? SELAMA INI APA USAHA ORANG ISLAM SEPERTI AK7 BUAT UNTUK BANTU? JIKA IA SALAH, PAS TERIMA DAN KITA ADA CARA UNTUK SELESAIKAN.. BERDOSA JIKA KAMI SOKONG TINDAKAN YB YANG TAK BETUL.. SALURKAN INFO SECARA BERHEMAH... PAS BUKAN PARTI BUDAK-BUDAK MENTAH.. PARTI YANG DAH MATANG.. DAH PERINTAH NEGERI.. HARAP RAKAN-RAKAN BERI SOKONGAN DALAM SEMBANG-SEMBANG BLOG TERSEBUT!

Akan sampai juga Hukuman Hudud, Sabarlah...

sumber HARAKAHDAILY.NET>>> Sabtu 29 Ogos 2009 | 8 Ramadhan 1430 Hijrah

Isu rotan Kartika: BN diperangkap ?negara Islam? ciptaan sendiri
Ramlan Joharee





Selasa lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menggesa Kartika, yang didapati bersalah kerana minum arak, supaya merayu hukuman enam sebatan yang perlu dihadapinya.

Tindakan beliau dilihat dibuat kerana kebimbangan kerajaan selepas dikejutkan dengan liputan meluas media antarabangsa berkenaan kes itu, yang sudah tentu akan menjejaskan imej keterbukaan pentadbiran sekarang yang cuba diketengahkannya.

Pada sebelah malamnya pula, hanya beberapa minit sebelum berbuka puasa, Najib bangkit setapak lagi meminta pihak berkuasa agama supaya tidak mengutamakan hukuman rotan.
?Hukuman fizikal sepatutnya menjadi pilihan terakhir,? kata beliau yang mungkin telah menyedari Kartika tidak akan merayu hukuman rotannya itu.

Pada hari yang sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi penjelasan mengapa Kartika yang sepatutnya sejak Isnin lalu dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman rotan, dihantar semula pulang.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa kakitangan penjara tidak ada kepakaran merotan menurut peruntukan undang-undang syariah yang mensyaratkan rotan tidak diangkat mengatasi kepala.

Kartika telah berjaya menarik simpati media dengan keputusannya untuk menerima hukuman itu dan turut meminta supaya dirotan di tempat awam, lantas berjaya dilihat sebagai mangsa.

Hakikatnya kerajaan BN telah terperangkap dalam usahanya untuk menunjukkan ia lebih mempunyai kelayakan Islam daripada PAS.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga jelas tidak gembira dengan hukuman rotan itu dalam catatan terbaru blognya.

?Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer,? kata Dr Mahathir dalam nada sinis.

Hari ini melalui kes Kartika, kerajaan BN terperangkap dalam jerat "negara Islam" yang dipasangnya sendiri.

>>> ALHAMDULILLAH.. ALLAH UTUSKAN 1 KISAH REALITI BAGAIMAN UMNO KALUT JIKA TERJADI HAL HAMBA ALLAH MAHU DISEBAT.. INI DAH PERNAH BERLAKU PADA ZAMAN NABI SAW, DEK TAKUT KPD ALLAH.. MENYERAH DIRI KEPADA PEMERINTAH UNTUK DIHUKUM.. NAMUN HARI NI MASALAHNYA HUKUMAN HUDUD TIADA DALAM KERAJAAN PERSEKUTUAN, MACAM MANA NAK SEBAT? BARU MENGGELABAH PUAK-PUAK UMNO.. USTAZ/USTAZAH UMNO TAK RASA MALU KA?

ADA BEKAS ORANG KUAT SISTERS IN ISLAM NAMPAK KARTIKA SEPERTI MAINAN.. SEPERTI BOLA DITENDANG SANA SINI.. LEMAHNYA HUKUM AGAMA INI.. ITULAH DIA.. ORANG ISLAM SENDIRI MENGHINA HUKUM ISLAM.. SALAH UMNO LA TAK TERANGKAN HAL SEBENAR.. MENGAPA TAKUT UNTUK LAKSANAKAN? ALASAN NEGARA KITA 1 MALAYSIA, PELBAGAI BANGSA ADALAH SATU KESALAHAN FAKTA! PIKIR-PIKIRLAH YA..

_

Rabu, Ogos 26, 2009

DARI MAZDA 323 KEPADA AVANZA... KATA HAJI NORBIN, JAGA IMEJ JAMAAH... :)

alhamdulillah... dengan nikmat Allah ini dapatlah kiranya memudahkan hamba ini dalam membantu gerakan Islam di Tawau..


Mudah-mudahan gerakan jemaah akan dilakukan dengan kemas sekemas kereta baru la.. apa guna hebat kereta, tapi jemaah tak hebat dek pendokong seperti hamba ini yang cintakan keduniaan sahaja... Ya Allah bantulah hambaMu dalam meniti sisa kehidupan di dunia ini...

* avanza ST 7578 M mula bergerak di jalan pada hari Rabu 26 Ogos 2009. Mazda 323 ST 621 B, kau takkan ku lupakan.. jasamu dalam ingatan.. :)

H1N1, TERKINI 70 KES KEMATIAN!


KITA MEMOHON DOA, AGAR MANGSA H1N1 HANYA SEKADAR BILANGAN TERTENTU BARU-BARU INI, NAMUN... ALLAH TETAP MENGUTUS MALAIKAT IZRAIL MENCABUT NYAWA MEREKA...

AYUH TEMAN, JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PEDOMAN HIDUP.. jangan seperti pemimpin UMNO menghina ALLah, menghina Al-Quran, Na'uzu billah!


***

Disini KITA buka kembali memori tentang pemimpin UMNO dengan hukum Allah:

1. Dr Mahathir Mohammad.ucapannya di Pasir Mas, Kelantan : 14 Ogos 1994 “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

2. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan

3. (Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohamad 3/3/94) ‘Hukum rejam kepada penzina adalah primitif’.


UMNOISLAM


MENGAPA PAKATAN RAKYAT MENANG LAGI?


alhamdulillah :KEPUTUSAN RASMI – UmNO BN K.O lagi

PAS - 9618

PAS – 9618

BN - 5067

BN – 5067

MAJORITI : 4551
JUMLAH UNDI ROSAK : 83
JUMLAH KELUAR MENGUNDI : 14,832 (73.1%)

Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.

Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato’ Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.

Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).

Tuntas bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di ‘kubu kuat’ PAS tersebut.

Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai – bukti rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.

Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.



umno lanun


2. Pemimpinnya ada masalah aqidah

NAJIB BN


3. dasarnya merbahaya untuk Islam

UMNOISLAM

syurganraka


Isnin, Ogos 24, 2009

MAAF DIBAIKI, APA PUN PERJUANGAN DITERUSKAN...

SELAMAT HARI RAYA DI SANA SINI... SEAKAN-AKAN ESOK DAH NAK RAYA?
TAK ADIL, TAK ADIL.. KITA BARU SAHAJA BERMULA PUASA SEPATUTNYA SUASANA PUASA YANG MEWARNAI KEDAI-KEDAI DAN PERSEKITARAN.. INI JUGA BERGANTUNG KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN... KAIN-KAIN RENTANG DI TEPI JALAN BOLEH MENIMBULKAN SUASANA RAMADHAN BULAN MULIA INI...


BANYAK KELEBIHAN BULAN RAMADHAN INI... DENGAN SOLAT TARAWIH BOLEH MELATIH ANAK-ANAK MENUNAIKAN AMAL IBADAT SEPERTI SOLAT TARAWIKH, MEMBACA AL-QURAN, JAMUAN KUIH MUIH KEPADA ORANG YANG ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAT TARAWIKH...
1 TAHUN SEKALI SEPATUTNYA, AMBILLAH PELUANG BERTARAWIKH, MEMBACA AL-QURAN DAN BERSEDEKAH.. bukan 1 TAHUN SEKALI tukar baju raya!

INI BULAN DITURUNKAN AL-QURAN.. BULAN DIDATANGKAN MALAM LAILATUL -QODAR.. FUH, 1 X 1 TAHUN SAHAJA.. BUAT LAH AMALAN SEAKAN-AKAN KEKASIH YANG DICINTAI DATANG, MACAM MANA NAK MEMUJUKNYA AGAR TIDAK BERPISAH DARI KITA!

Ahad, Ogos 23, 2009

BLOG SEDANG DIRAWAT... MAAF...

HARAP MAAF, JIKA ADA BLOG-BLOG YANG HILANG DARI RADAR... SAYA PUN PELIK.. ADA YANG TERTEKAN KOT.. INSYA ALLAH..
AKAN DIBAIKI DARI MASA KE SEMASA...

H1N1: Tiada lagi kes kematian baru! Alhamdulillah..




H1N1: Tiada lagi kes kematian baru

KUALA LUMPUR: Seperti semalam, tiada kes kematian akibat H1N1 dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi tetapi 230 pesakit baru dengan gejala ILI dimasukkan ke wad.

Angka korban H1N1 di Malaysia kekal 68 mangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata pada masa sama 310 pesakit telah dibenar pulang, menjadikan baki seramai 1,476 pesakit sedang dirawat di 102 hospital termasuk tiga hospital swasta di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah ini, hanya 316 pesakit atau 21 peratus yang disahkan positif H1N1.


"Daripada 316 kes yang disahkan H1N1, 40 kes berada di ICU di mana empat kes adalah kemasukan baru sementara lapan kes dipindah keluar dari ICU.

"Daripada 40 kes yang sedang dirawat di ICU, 25 kes (63%) mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak/bayi (7), diabetes (5), penyakit kronik (5), asma/COAD (3), obesiti (3), mengandung/postnatal (1) dan kanak-kanak istimewa (1)," katanya dalam kenyataan media hari ini.

>> ulasan saya:

---------------------------------------

68 mangsa H1N1 ini tahu atau tidak dia akan mati kerana h1n1? mungkin tak tahu... dia berada di laluan Bala Allah.. sama kes dengan Tsunami 2004.. hampir 1/4 juta nyawa hilang.. apakah semua tahu akan mati kerana Bala Allah? ia tak kenal siapa Bala Allah ini.. kecil kah, dewasa kah, pokok kah, binatang kah, bangunan kah.. semuanya bila di laluannya.. akan dimusnahkan oleh tentera Allah yang kita tidak nampak itu... TSUNAMI, SELSEMA BABI dan sebagainya..


Sabtu, Ogos 22, 2009

Warta masjid pembangkang: Nawi<< ANTARA TINDAKAN BAIK UMNO MEMERINTAH TRENGGANU?

Warta masjid pembangkang: Nawi

BESUT: Kerajaan Negeri Terengganu (22/8/09)diminta mewartakan bangunan yang dijadikan tempat mendirikan solat Jumaat oleh pemimpin dan anggota pembangkang sebagai masjid dalam usaha mengurangkan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri ini akibat perbezaan fahaman politik.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Nawi Mohamad, berkata kini terdapat sekurang-kurangnya enam bangunan yang dikenal pasti digunakan oleh pembangkang untuk mendirikan solat Jumaat kerana enggan menggunakan masjid yang dibina oleh kerajaan.

ULASAN KITA : kalau nak warta, wartalah semua tempat-tempat yang haram seperti kedai judi, arak, karaoke untuk orang Islam.. ORANG ISLAM PERGI KE MASJID KIRA OK DAH TU..
APA BAHAYANYA PAS? DI MANA SESATNYA PAS?

APA JUGA PERPECAHAN? BUKANKAH ISLAM MENGAJAR KITA BERSAUDARA.. DIA TAK PERGI MASJID, BIMBANG JADI ORANG PAS, LALU HATI KERAS.. MAKA DIA SENDIRI AKAN SELISIH FAHAM DENGAN ORANG HATINYA INGAT MASJID.. ITULAH KISAH SEBENARNYA INFO DI ATAS!


INILAH DIA ORANG ISLAM SENDIRI BERASA BIMBANG DENGAN AGAMANYA... TAK TERFIKIRKAN BETAPA RAMAI GOLONGAN AGAMA PULANG DARI TIMUR TENGAH SOKONG PEMBANGKANG? MEREKA YANG PULANG BODOH-BODOH KAH? RAMAI JUGA YANG BEKERJA KERAJAAN TU... ISHSSSSSS!!! TAK FAHAM LAH SAYA... :(

BENARLAH, ORANG ADA ILMU, REZKI ALLAH ATUR! ANAK PENEROKA MACAM MANA?

Pelajar cemerlang dapat banglow RM130,000
>> KALAU BELAJAR MALAS, BODOH, SOMBONG PULAK, SIAPA NAK BERI DI DUNIA NI BANGLOW?

EMM.. DI SEKOLAH SEKARANG(CONTOH DI FELDA), PELAJAR RAMAI JUGA YANG BERASA SELESA
DENGAN APA YANG MAK AYAH ADA.. JADILAH ANAK-ANAK MANJA

BERKAT BELAJAR BETUL,
ALLAH BERIKAN REZKI YANG MELIMPAH DI DUNIA..


NIK MADIHAH CONTOH PELAJAR BERAKHLAK HATINYA TIDAK LUPA KEPADA ALLAH.. JIKA INGAT MASA SENANG KEPADA ALLAH, ALLAH INGAT KITA MASA SUSAH... INILAH DIA HABUAN ENGKAU KATA ALLAH DI DUNIA!

##########################################################

HARAKAHDAILY.NET >> Oleh Salmah Mat Husain, Foto Rizal Tahir
Mon | Aug 17, 09 | 6:12:41 pm MYT PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM
sebuah banglow berharga RM130,000.

Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.

Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.

Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.

Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.

ImageNik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.

Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.


Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. _



IKLIM DUNIA - UTARA SEMENANJUNG AKAN DILANDA ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA!

Angin kencang, laut bergelora

di perairan utara Semenanjung


KUALA LUMPUR: Keadaan angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, mulai esok (ahad 23 / 8/09) hingga
Selasa ini.

Angin kencang Barat Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan keadaan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter amat berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut, menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi di sini hari ini. - Bernama


>>> TERINGAT MASA TSUNAMI 2004, PERLIS PUN DAPAT TEMPIAS SEDIKIT.. DI KUALA SUNGAI BARU, SIMPANG EMPAT PERLIS TIDAK JAUH DARI RUMAH SAYA, BANYAK BOT-BOT NELAYAN YANG TELAH ROSAK AKIBAT OMBAK YANG KUAT MENGHEMPAS BOT-BOT BERLANGGARAN SESAMA SENDIRI... ITUPUN AGAKNYA HUJUNG KUKU TSUNAMI.. ITUPUN RAMAI JUGA BELUM SEDAR UNTUK KEMBALI BERIMAN DAN BERIBADAT KEPADA ALLAH...

REZEKI.. KEBENARAN DALAM KAMAR MAHKAMAH!

BARU-BARU INI KITA MENDENGAR YB MAHFUZ MENANG KES DI MAHKAMAH.. RUPANYA DAH DUA KES BELIAU MENANG.. ITULAH DIA, KADANG-KADANG DI DUNIA ALLAH BERIKAN KEKUATAN KEPADA PIHAK YANG BENAR MENANG KES DI MAHKAMAH..

(WALAUPUN PROSIDING MAHKAMAH KADANG2 DIRAGUI)

SEDUTAN HARAKAHDAILY.NET >>>Malah, kata Mahfuz lagi, beliau sendiri tidak takut mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar-akhbar yang memfitnahnya.

Dalam tempoh tidak sampai setahun, Mahfuz mendapat dua ganti rugi dari dua akhbar.

Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Khalid Mohd membayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz Omar kerana memfitnah beliau melalui bertajuk �Demonstrasi � Mahfuz isytihar bersama Keadilan� yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia pada 4 Mac 2001.

19 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar ganti rugi sebanyak RM150 ribu kepada Mahfuz berikutan laporannya yang menuduh Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengajak seorang menteri bertumbuk dalam Parlimen.

Mahfuz menyaman akhbar tersebut ekoran laporan muka hadapannya pada 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Sebab itulah, kata Mahfuz, keengganan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap pelbagai tuduhan terhadapnya akan tetap menyebabkan beliau tidak dipercayai bersih dari tuduhan-tuduhan itu.

-----------------------------------------------------------

YA TAK YA JUGAK.. MENGAPA YA HINGGA KE HARI INI PM BELUM BERANI MENYAMAN PIHAK-PIHAK YANG SELALU MENGAITKANNYA DENGAN AL-TANTUYA CONTOHNYA DAN KES-KES LAIN... EM.. HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU..

RAMADHAN, teringat arwah-arwah yang telah kembali... :(

dari blog rakan saya : http://azharibinhamzah.blogspot.com/

hayatilah kasih sayang ibu kita.. mana mau cari pengganti kedua? tak sama dah.. sebelum dia pergi menemui Ilahi, nikmatilah pemberian dari Allah buat kita bergelar anak ini... jangan menyesal tak berjasa kepadanya, menyesallah sekarang!

Oh ….. Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak…..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang
JENAZAH ibunya......

3 watak PENTING akhir zaman - KETIGA (NABI ISA ALAIHIS SALAM)

Kedatangan Nabi Isa

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.”
Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.”

Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam.

Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam, Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).

“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.

“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

“Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

“Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

“Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.”

Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”

Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w: “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.”

“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.”
Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.

Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.”
Tambah beliau lagi: “Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.”

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.

3 watak PENTING akhir zaman - KEDUA (DAJJAL)

Kedatangan Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukanmemberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu. Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?” Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini. “Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.

” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

3 watak PENTING akhir zaman - PERTAMA (IMAM MAHDI)

Kedatangan Imam Mahdi – satu tanda Qiamat Besar

Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi.Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang menyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang. Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.

Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.

Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat. Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT. Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.

Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.

Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya. Mereka mengangkat Imam Mahdi setelah menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan.

Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.
Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.

Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.

Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik. Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.