Khamis, Disember 02, 2010

Semua diajak dalam Pesta Merah 5 Disember. gaji Ketua Pengawai Eksekutif, Tan Sri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan???

SUMBER

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah gerakan anak muda non structural yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji Ketua Pengawai Eksekutif, Tan Sri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan.

Itu, katanya belum masuk perbagai elaun keistimewaan hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.

Tambahnya, bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.
Menurutnya, himpunan aman Ahad ini merupakan hak rakyat.

“Rekod setakat ini himpunan aman hanya menjadi kacau dan menyebabkan gangguan trafik teruk apabila melibatkan gangguan pihak polis.

Tiada ulasan: