Selasa, Disember 21, 2010

Maslan: Bahagi tanah pada anak peneroka gimik politik pembangkang.. IYA KAH???

ST 7578 M



SUMBER
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat untuk membahagikan semua tanah rancangan Felda kepada anak peneroka hanya sekadar gimik politik

Katanya, cadangan tersebut merupakan cadangan cacamarba yang dibuat tergesa-gesa dan hanya sekadar polemik bagi memastikan tujuan mereka untuk menakluki Putrajaya tercapai.

"Jika dikira, pembahagian tanah Felda sebanyak 330,000 hektar kepada lebih kurang 1.6 juta anak peneroka, setiap seorang hanya mendapat seekar sahaja. Apa sangat yang boleh dilakukan dengan tanah seekar? murahan untuk meraih sokongan rakyat.



Beliau mengulas satu daripada resolusi pembangkang yang menjanjikan pembahagian tanah Felda kepada generasi anak dan cucu peneroka pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang semalam.

Tiada ulasan: