Selasa, Disember 07, 2010

Samy Vellu berundur, penyokong setia ambil alih


S Pathmawathy
Dis 6, 10
2:15pm
Kongsi 0
Presiden MIC S Samy Vellu akhirnya mengundurkan diri setelah menerajui MIC - parti kaum India yang merupakan parti komponen ketiga terbesar BN - selama 31 tahun.Pengganti pilihannya ialah penyokong setianya, Datuk G Panivel, yang akan menjadi presiden MIC yang kelapan.

Manakala setiausaha agung, Datuk Dr S Subramaniam pula dinaikkan pangkat menjadi timbalan presiden.

Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC), Samy Vellu berkata: "Saya sangat gembira menyerahkan tugas saya kepada Palanivel dan beliau akan serahkan (tugasnya) kepada Datuk Dr S Subramaniam."

Samy Vellu, 74, pada mulanya akan terus memegang jawatan presiden sehingga bulan Mac 2012.

Tiada ulasan: