Rabu, Disember 01, 2010

Selangor peruntuk RM6 juta setahun untuk SAR. alhamdulillah... KERAJAAN PRIHATIN!!!

SUMBER
Harakahdaily   
SUBANG JAYA, 30 Nov: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM6 juta setahun bagi membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu untuk membolehkan cita-cita kerajaan negeri mencapai hasrat negeri maju yang mendapat keredhaan Allah.

Exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali berkata, sehingga kini RM12 juta telah diserahkan kepada sekolah-sekolah berkenaan.

"Kerajaan negeri Selangor sedang berusaha membentuk anak mudanya menjadi khalifah Allah yang bakal mentadbvir dunia. Khaira ummah (ummah terbaik) menjadi agenda kerajaan negeri Selangor," kata Dr Halimah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di  persidangan antarabangsa yang dikenali sebagai 'International Conference On Islamic Education 2010 (ICIEd2010)' sebagai satu perancangan untuk memperkasakan sistem pendidikan bukan hanya di Selangor malah di seluruh dunia.


* GAMBAR PROF DR SAID RAMADHAN AL-BUTHI MENERIMA CENDERAHATI DARI DR HALIMAH SEMASA MAJLIS PENUTUPAN(DR SAID RAMADHAN . 

Dr Said Ramadhan yang juga Ketua Jabatan Agama dan Pegangan, Fakulti Perundangan Islam di Universiti Damascus berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Masa Hadapan Pendidikan Islam: Iktibar daripada Sirah Nabawi di hari pertama persidangan tiga hari bermula 29 November dan berakhir pada 1 Disember esok.
-------------------------------
RESPON :PAKATAN BOLEH BUAT... INSYA ALLAH UMNO AKAN TERDIAM JIKA KERAJAAN NEGERI BERTERUSAN SEBEGINI...

Tiada ulasan: