Khamis, Disember 23, 2010

16 pengikut Syiah gagal beri keterangan. SYIAH YANG MANA SESAT TAK JELAS??

ST 7578 M



Fadzly Esa
Dis 22, 10
5:21pm
Kongsi 14
Seramai 16 orang pengikut Syiah gagal hadir memberi keterangan kepada pegawai siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
sejak proses itu bermula 16 Disember lalu.

Penolong Pengarah Perancangan dan Strategik Bahagian Pengurusan Penguatkuasaa JAIS Sharom Maarof berkata, mereka gagal hadir pada 16 Disember (seorang), 17 Disember (seorang) 20 Disember (7 orang) dan 21 Disember (7 orang).

Hanya seorang hadir dalam proses merakamkan keterangan hari ini, tambahnya.

NONE"Kita telah menghantar notis hadir kepada 128 pengikut Syiah yang ditahan di Gombak untuk memberikan keterangan (hadir) pada tarikh mereka ditahan 15 Disember lalu.

"Ada antara mereka yang hadir awal daripada tarikh notis diberikan dan memberikan keterangan kepada pegawai siasatan JAIS.

"Selebihnya (16 orang) sekiranya mereka gagal hadir pada keesokan harinya, mereka akan dikenakan tindakan mahkamah," katanya kepada Malaysiakini petang tadi.

Setakat hari ini, seramai 102 daripada 128 pengikut Syiah yang ditahan oleh JAIS telah disoalsiasat kerana didakwa terlibat dalam ajaran tersebut.

Tiada ulasan: