Rabu, Disember 29, 2010

Pakar: Laser lemah tak jejas pandangan GOAL KEEPER > PIALA SUZUKI

SUMBER

Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang Dr Zahimi Chik berkata sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti "laser pointer" yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna.

"Jika anda ingin memiliki sinaran laser yang kuat, ia menelan belanja jutaanringgit untuk dimiliki.

Tiada ulasan: