Jumaat, April 16, 2010

'RM200 sebulan baiki jalan'- Kerajaan Selangor kedekut?

'RM200 sebulan baiki jalan'- Kerajaan Selangor kedekut?

2010/04/16

KUALA KUBU BHARU: Kementerian Kerjaraya mendedahkan kerajaan Selangor hanya menyalurkan peruntukan RM1 juta untuk pembangunan dan penyelenggaraan jalan di daerah Hulu Selangor daripada RM315 juta yang diberikan kerajaan Pusat untuk tujuan itu, tahun lalu.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata peruntukan diagihkan dari dana Malaysian Road Registered Information System (Marris) itu amat sedikit bagi memastikan jalan di Hulu Selangor sepanjang 220 kilometer diselenggara dengan baik. 

Beliau berkata jika dikira secara purata, kerajaan negeri berkenaan membelanjakan RM200 sebulan untuk tujuan berkenaan yang turut membabitkan kos penyelenggaraan bangunan dan memperbaiki lampu jalan yang rosak. 
---------------------------------
yusz : kaya kerajaan pusat atau kaya kerajaan negeri? Logik la sikit...

Tiada ulasan: