Ahad, April 25, 2010

Kes Buang Bayi di Sabah banyak jugak bahh.. :(

Anak Malaysia mati dibuang..(kanan), tak sempat hidup untuk pergi tolong Umat Islam Palestine.. 

Anak palestine mati kena bom berangkai Yahudi@peluru berpandu!! (atas)

Polis kumpul data suspek kes buang bayi

KOTA KINABALU 24 April - Polis Sabah akan mengumpul maklumat terperinci termasuk butiran peribadi suspek yang pernah terlibat dalam kes pembuangan bayi di negeri ini sejak lima tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, langkah tersebut perlu bagi mencari kaedah terbaik menyelesaikan kes pembuangan bayi dan melakukan pencegahan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Noor Rashid berkata, dari 2005 hingga Mac tahun ini, polis telah merekodkan sebanyak 75 kes pembuangan bayi di negeri ini.

Beliau memberitahu, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja sebanyak dua kes pembuangan bayi direkodkan di negeri ini.

"Daripada keseluruhan jumlah tersebut, Kota Kinabalu mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 25 kes diikuti Tawau (14 kes), Sandakan (sembilan kes) manakala daerah lain di bawah lima kes," katanya.
-------------------
yusz : mak ayah kurang kefahaman agama-biar anak berkawan lelaki perempuan sesuka hati.. kononnya open minded atau spoting habis.. bila anak mengandung.. diam2 pulak.. ada kah adat atau budaya Islam begitu???

Tiada ulasan: