Sabtu, April 17, 2010

Peneroka Sabah adu masalah pada Pandikar

(harakahdaily.net)
 
Misi 10 Orang wakil ratusan peneroka Ulu Kalumpang Landau & Cenderamata Merotai, Tawau, Sabah bertolak ke Kuala Lumpur (Isnin 12/4/2010) untuk berjumpa dengan pemimpin negara di bangunan Parlimen.. Dijangka pulang pada 16/3/10..
 

Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 16 April: Sekumpulan peneroka tanah Kerajaan Negeri Sabah ke Parlimen bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mulia baru-baru ini setelah hak mereka untuk memiliki tanah yang diusahakan lebih 40 tahun tidak diendahkan kerajaan negeri.

Pada pertemuan kira-kira setengah jam itu, mereka diketuai pengerusi lajnah tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman turut menyerahkan dokumen kepada Pandikar mengandungi perjanjian yang dibuat Timbalan yang di-Pertua Negeri Sabah untuk memberikan penempatan kepada mereka di atas tanah yang telah mereka terokai.

Ketua peneroka, Jeffrey Kideng memberitahu Pandikar bahawa mereka telah membina perkampungan dan mendirikan rumah-rumah di Sandakan dan Tawau serta bermastautin di sana dengan bercucuk tanam.

Namun baru-baru ini, tanaman mereka dimusnahkan, ada perkampungan yang dibakar dan ada di kalangan mereka yang dihalau keluar daripada kampung yang mereka duduki.

Sedangkan tanah yang diusahakan Jeffrey sendiri seluas 15 ekar pernah dianugerahkan Peladang Jaya oleh Kerajaan Negeri hasil kesungguhan beliau menanam koko.

Malangnya, tanpa jaminan samaada mereka akan diberikan atau tidak gantian tanah, rumah mereka dimusnahkan dan dibakar.

Sebelum ini, mereka juga mengadu perkara tersebut kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Pandikar yang merupakan bekas penasihat undang-undang kerajaan negeri Sabah menyambut baik kehadiran mereka dan memberi jaminan akan berbincang dengan pihak yang berkuasa 
dalam hal tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh mencampurkan aduan tersebut dengan urusan politik.

Turut bersama pada pertemuan itu Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok), Naib Presidennya, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Bendahari PAS, Dr. Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai), dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Omar selain Datuk Dr. Chua Soon Bui (BN-Tawau).

Salahudin pada perbahasan di Dewan Rakyat petang itu turut membangkitkan perkara tersebut untuk diambil perhatian oleh pihak Kementerian bertanggungjawab.
-----------------------------
yusz : Bertitik tolak program di bawah (dihadiri orang Iban, Merotai, Tawau) pada 16/3/10 lalu di Pasti Merotai Besar, Tawau memberi semangat kepada 10 orang ke KL..

Sebahagian daripada masyarakat suku kaum Iban yang hadir ke ceramah PAS..
Rakyat mula memberi sokongan,ni lah yang umNO/Bn paling takut sekali..

Tiada ulasan: