Ahad, April 18, 2010

Lagi Isu Felda- Mesti Baca (Pro BN kot)..

SATU KELUAR, SERIBU MAHU MASUK FELDA! PDF Print E-mail
Written by Admin   
Tuesday, 13 April 2010 11:12

Saudara Pengarang,
SAYA ingin respon terhadap kenyataan Ketua Cawangan UMNO Tg.Labian, Kunsul Nahul dalam artikel ‘Benarkah Kemiskinan di Felda Punca Penderaan?.’ Saya merupakan seorang sepupu kepada seorang peneroka di Felda Sahabat 2 dan berpendapat bahawa kenyataan Kunsul terhadap Pengurusan FELDA  Sahabat adalah ‘Tidak Tepat’ sama sekali. 

Saya berkesempatan berada di rancangan Felda Sahabat 2 hampir satu minggu kerana bercuti di rumah sepupu. Pertama saya agak terkejut dengan suasana serta persekitaran kawasan perkampungan FELDA yang sangat tersusun. Tidak terlintas di kepala saya ada penempatan masyarakat yang jauh di luar bandar yang setaraf dengan kawasan bandar. 

Saya juga berkesempatan untuk meninjau, bertanya dan mengkaji sistem pengurusan FELDA di Sahabat. Saya kagum dengan cara pengurusan yang memang berkualiti dan telus. Bila saya semak penyata pendapatan sepupu saya, rupanya pendapatan peneroka jauh lebih baik daripada saya makan gaji dengan kilang swasta di Kota Kinabalu. 

Apa yang paling saya hairan, peneroka tidak kerja di ladangpun dapat pendapatan yang lumayan. Yang saya tahu ada seorang Ketua Peneroka dan pegawai FELDA yang urus semua kerja di ladang. 

Peneroka goyang kaki saja dan siapa yang rajin buat kerja lain dan tambah pendapatan di luar rancangan. Punya Untung manusia yang bergelar peneroka FELDA. Saya tanya kepada sepupu bagaimana mahu masuk jadi peneroka. Katanya kerajaan tidak terima lagi masuk peneroka. 

Pendapatan rendah hujung bulan kerana sudah dipotong :
1. Pendahuluan hasil: RM 630.00 (bayaran 2 kali sebulan)
2. Caruman hariraya : RM 30.00
3. Koperasi Felda (pelaburan) : RM 150.00
4. Potongan kedai : RM 350.00

Kalau dicampur semua itu, pendapatan ialah melebihi RM 1,200.00/bulan. Jika dibenarkan ganti peneroka, kalau seorang orang keluar beribu mahu masuk. 

Kalau Kunsul mahu tolong orang atau UMNO Labian mahu tolong orang miskin, tolong orang sendiri di hadapan mata di Tanjung Labian. Di FELDA tidak perlu, Perdana Menteri lebih tahu ceritanya. Kalau tanya peneroka, tanya 100 orang, jangan tanya 2 orang saja. Jangan marah, itu fakta bukan auta.

SEPUPU PENEROKA FELDA
Penyokong PKR.

Tiada ulasan: