Khamis, April 29, 2010

Guna Masjid Untuk Berpolitik, salah di dunia.. betul di langit?

Hasan Ali Buat Laporan Polis Atas Tuduhan Guna Masjid Untuk Berpolitik 
 
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali hari ini membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya berhubung tuduhan membaca khutbah berbaur politik ketika solat Jumaat di Masjid As-Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 23 April lepas. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini kira-kira pukul 3 petang.

Menurut Hasan, laporan itu juga dibuat bagi menjelaskan tuduhan yang beliau menjadikan masjid sebagai medan untuk berpolitik semasa kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor itu tidak benar.

"Tuduhan itu tidak benar dan saya juga tidak menderhaka titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tiada ulasan: