Ahad, April 25, 2010

Kalah bukan bererti tidak menang.. Inilah permulaan...

BN rampas semula kerusi Hulu S'gor
Apr 25, 10 6:18pm
Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. 

Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.________________________________________________
9.27pm: Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru. Ia dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali serta kira-kira 300 penyokong PKR
"Ini bukan kali pertama kita kalah. Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kita. PKR pernah kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi sahaja. Kita akan terus berjuang," kata Tian Chua.

Tiada ulasan: