Rabu, April 28, 2010

Penduduk Felda Sungai Buaya merestui rasuah RM5o ribu?


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 27 April: Timbalan Presiden Keadilan Rakyat, Senator Dr Syed Husin Ali (gambar) menempelak Umno-BN yang menjanjikan RM50,000 kepada penduduk di Felda Sungai Buaya jika mereka mengundi untuk memenangkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lepas.

Sambil menganggapnya sebagai suatu bentuk rasuah, beliau mempertikaikan tindakan yang telah dan akan dilakukan Umno-BN bagi mengotakan janji mereka kepada peneroka di Felda tersebut.

"Ia satu kes rasuah yang perlu ditekankan iaitu tawaran RM50,000 kepada peneroka-peneroka di Sungai Buaya, kerana tanah di kawasan tersebut telah dibeli oleh Syarikat Etika yang telah ditutup," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di lobi Dewan Negara hari ini.

Jelasnya, dalam hampir 20 tahun peneroka Felda itu tidak dibayar apa-apa dan kini mereka dijanjikan RM50,000 dengan RM1,000 telah dibayar tunai walaupun pada ketika membeli tanah tersebut dahulu, syarikat Etika telah membayar RM1,000.

“Jadi kira-kira RM850,000 masih belum dibayar. Persoalannya sekarang ini siapakah yang akan membayar RM50,000 itu dan siapa akan tanggung RM850,000 yang belum dibayar?

"Walaupun Najib berjanji akan bayar, daripada mana punca wang diperolehi sama ada wang parti atau kerajaan atau pihak yang lain," tegasnya.
---------------------
komen yusz : itulah yang kita sedih.. kita akan berasa peneroka tersebut akan menghadapi kesudahan pada masa depan.. dalam era IT dan sebagainya masih wujud masalah 'tidak open minded' ..

Tiada ulasan: