Ahad, April 18, 2010

Jawapan balas isu Felda.. dari pro BN lah niii..

BETULKAH FELDA ZALIM? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 18 April 2010 01:23

Saudara Pengarang,

TERSENTUH hati saya membaca artikel ‘Peneroka Malang’ yang bertajuk ‘FELDA DULU PEMBOHONG, KINI POLONG’. Benarkah kejadian ini berlaku?. Air mata saya mengalir apabila membacanya walaupun saya bukan anak peneroka FELDA tetapi ibu dan ayah saya juga merupakan peneroka di salah sebuah agensi kerajaan milik kerajaan negeri. 

Ketika saya mengikuti Matrikulasi di Labuan, saya belajar bersama-sama dengan beberapa anak peneroka FELDA dari Sahabat dan Umas. Melalui mereka saya mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang masyarakat peneroka FELDA. 

Tetapi kemudiannya mereka berhenti meninggalkan program Matrikulasi kerana pergi mengikuti beberapa program yang mendapat tajaan FELDA seperti Kejuruteraan Kapal Terbang MAS, Nursing, Broadcasting, Usahawan dan sebagainya. 

Terkilan sungguh hati saya tentang keistimewaan yang mereka perolehi. Saya bertanya kepada mereka bolehkah saya ditaja bersama mengikuti kursus-kursus tersebut. Tetapi malangnya jawapan mereka program ini hanyalah untuk Anak Peneroka FELDA sahaja.

Gambaran saya tentang masyarakat FELDA semakin jelas ketika saya menjadi mahasiswa UMS dan kami membuat beberapa program bakti siswa di Felda yang mana kami mendapat kerjasama dengan baik daripada Pengurusan dan masyarakat FELDA. 

Apabila saya membuat program Master, maka tempat pilihan utama saya ialah kawasan perkampung Felda yang saya fikirkan terlalu banyak sumber untuk ditulis tentang kejayaan mereka menyatu padukan 25 etnik dalam satu penempatan yang tersusun. Selama setahun lebih saya berulang alik ke Felda untuk menyiapkan tesis saya dengan kajian responden melebihi 300 orang pelbagai lapisan keluarga peneroka.


Kenapa air mata saya mengalir apabila membaca artikel ‘Peneroka Malang’ ialah bukan kerana sedih dengan apa yang beliau tulis tetapi sedih dengan pemikiran bangsaku yang tidak pandai bersyukur atas nikmat yang diperolehi. 

Dalam kajian saya tentang masyarakat FELDA semua perkara diambil perhatian oleh pengurusan FELDA sehinggalah apa yang dimakan peneroka pun perlu diambil tahu. Kini mereka umpama ayam daging yang tidak pandai berfikir yang hanya tahu makan dan tidur kerana lambakan bantuan yang begitu banyak daripada Felda. 

Memanglah untuk mendapatkan sesuatu benda itu perlukan wang. Macam mana mendapatkan wang ialah dengan cara berhutang. Mana ada cara beli semua perkara gunakan wang tunai. Penjawat awam dan swasta pun beli rumah, ASB, kereta dengan berhutang. 

Terlalu banyak ruang dan masa untuk saya menulis kebaikan memasuki peneroka FELDA atau membandingkan nasib dan usaha kedua orang tua saya ketika menyekolahkan saya yang terpaksa mengambil upah menuai sawit blok orang lain. 

Mengikut perangkaan, negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai kemiskinan tegar begitu ramai. Kalau ‘Peneroka Malang’ merasa FELDA satu tempat yang menyiksakan, tinggalkan sahaja dan coba hidup di luar. 

Keluar dari rancangan biar orang lain yang susah menggantikan tempat anda. Di Felda, walaupun tidak boleh jadi kaya raya tetapi sekurang-kurangnya ada tempat berteduh berbanding di luar macam setinggan. 

Berselindung di sebalik nama parti-parti politik tidak menyelesaikan masalah. Biarlah orang lain berpolitik, kita buat kerja kita. Menuding jari kepada wakil rakyat pun bukan jawapannya. Sampai bila pun ‘Peneroka Malang’ tidak akan berpuas hati walaupun esok lusa wakil rakyat kawasan Tungku dari anak peneroka FELDA Sahabat.
Salam Hormat,
BEKAS MAHASISWA UMS.
-------------------------------------
mahkamah ulas : kata pengarang di atas, Biar orang lain politik ? >>>>> mengajak orang lain agar menolak POLITIK? Politik adalah sebahagian ilmu Allah... UMNO/BN berpolitik di felda tak mengapa???

Tiada ulasan: