Jumaat, April 23, 2010

Penantian 15 tahun, tetapi ada PRK, boleh pulak beri duit pada saat bajet Jabatan Kerajaan kurang, guaner?

Cetak
 Artikel Cetak . E-mel 
Rakan Emel Rakan .

100 bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima RM50,000


2010/04/23

HULU SELANGOR: Seratus bekas peneroka Felda Sungai Buaya, termasuk waris mereka menerima wang pendahuluan RM50,000 bagi pampasan tanah daripada kerajaan Persekutuan, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bayaran pendahuluan itu yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Sungai Buaya dan waris mereka berhubung isu pampasan tanah tertunggak.


Najib berkata bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya dalam bentuk bank draf. Beliau berkata demikian di majlis penyampaian pembayaran tanah Felda kepada bekas-bekas peneroka, penyerahan cek pembinaan jalan susur keluar masuk Sungai Buaya dan penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di Hulu Selangor di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di sini. - Bernama 

Tiada ulasan: