Sabtu, Ogos 27, 2011

Serangan ke atas kasino di Mexico, 52 terbunuh


27/08/2011 2:34am

MONTERREY 27 Ogos - Sekurang-kurangnya 53 terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah kasino di utara Mexico, kelmarin, dengan melepaskan menyimbah gasolin dan mencetuskan kebakaran, kata pihak berkuasa.
Kebakaran tersebut berlaku di Casino Royale di Monterrey, bandar yang sering terlibat dengan pergaduhan kartel dadah, dan ia merupakan kejadian maut paling buruk sejak Presiden Felipe Calderon melancarkan operasi besar-besaran menentang kartel dadah sejak 2006.
Pegawai polis negeri berkata, sekumpulan lelaki menyerbu masuk kelihatan mahu merompak kasino tersebut, memulakan kebakaran dengan minyak gasolin yang dibawa bersama.
Kumpulan terbabit menyuruh pekerja dan pelanggan dalam premis itu keluar namun kebanyakan mereka melarikan diri ke dalam bangunan tersebut, sekali gus menyebabkan mereka terperangkap dalam keadaan asap tebal dan api yang semakin merebak.
Kebanyakan mayat pekerja dan pelanggan ditemui dalam bilik air kasino, di mana mereka menguncikan diri di dalamnya untuk melarikan diri daripada kumpulan penyerang terbabit.
Jurucakap pasukan keselamatan persekutuan, Alenjandro Poire berkata, kumpulan yang bertanggungjawab dalam perbuatan kejam terbabit tidak akan terlepas daripada hukuman. - AFP

Tiada ulasan: