Isnin, Ogos 01, 2011

Isu parti komponen BN: IPF kecewa dengan kenyataan MIC. KAUM INDIA RETAK?

SUMBER

01/08/2011 5:09pm

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Presiden Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF), M. Sambanthan hari ini melahirkan perasaan kecewa dengan kenyataan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel menolak penyertaan parti-parti politik lain yang berasaskan kaum India sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, tindakan itu turut mengecewakan seluruh masyarakat India yang beranggapan kenyataan Palanivel itu akan menambah kepincangan dan memecahbelahkan hubungan antara MIC dan parti politik kaum India yang lain.
Bercakap di sini hari ini, Sambanthan berkata, bukan hanya MIC yang memperjuangkan masyarakat India kerana ia turut dilakukan parti lain seperti Parti Makkal Sakti Malaysia dan Parti Bersatu India Malaysia.

"MIC diibaratkan seperti ”abang” dan IPF atau parti-parti politik yang lain seperti ”adik”... oleh itu sebagai abang, Palanivel harus menerima IPF atau parti politik India yang lain.

"Tetapi beliau (Palanivel) telah mengugut bahawa MIC akan bertindak keluar BN sekiranya BN menerima kemasukan parti berasaskan kaum India yang lain,” kata Sambanthan.
Semalam, selepas selesai perhimpunan agung tahun MIC, Palanivel dipetik sebagai berkata, MIC merupakan satu-satunya parti mewakili masyarakat India dan beliau tidak akan menyokong mana-mana parti politik lain mewakili kaum India untuk menyertai BN. – Bernama

Tiada ulasan: