Isnin, Ogos 15, 2011

Kristianisasi: PAS serah pada Jais. alhamdulillah... BAGUS!!

SUMBER
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja. 



“Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat Lajnah Politik PAS di ibu pejabat parti, di sini, petang tadi.

Selama ini, ujarnya pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.
Oleh itu, jelasnya PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut.

Tiada ulasan: