Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Langkah kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus melalui pertukaran saham akan membentuk monopoli dalam industri penerbangan negara dan bakal merugikan negara dan rakyat. Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia berupa satu bail out oleh CEO Air Asia, Tony Fernandes yang rugikan rakyat dan pengguna akhirnya. Beliau mengulas tindakan Khazanah Nasional yang menjual 20 peratus daripada 69 peratus saham yang dimilkinya dalam MAS kepada Tony Fernandes secara 'penjualan bersilang' (share swap) dengan saham Air Asia yang dimilikki oleh Tune Air Sdn Bhd. Sebaliknya Khazanah juga akan membeli sejumlah saham Tune Air. Dengan harga saham MAS yang berada pada RM1.60 satu saham, tentunya Tony Fernandez boleh senyum lebar kerana saham Air Asia pada harga RM3.60 satu saham. "Kita sedar MAS hadapi kerugian bersih RM243.3 juta untuk suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.6 juta untuk tempoh yang sama tahun 2010 dahulu. "Kita juga faham, MAS dalam unjuran kerugian untuk tahun ini,kalau sesuatu yang drastik tidak dilakukan. "Tetapi tindakan ini bukan jalan penyelesaiannya bahkan rakyat dan penggunalah yang bakal rugi. Ini bukan sahaja pandangan saya sahaja bahkan dikhuatiri pelbagai pihak" kata beliau kepada Harakahdaily. Ini kerana, selepas ini MAS dan Air Asia akan saling menjaga kepentingan antara satu sama dan tidak ada lagi pertandingan sihat dalam industri apatah lagi dalam penerbangan bajet rendah ini. Mungkin ia adalah ‘win-win’ bagi mereka tetapi apakah ia boleh menjamin bahawa rakyat akan juga ‘win’ atau menang, soal Dr Dzulkefli yang juga AJK PAS Pusat itu. Menurut Dr Dzul, pihaknya sedar selain masalah yang ada, MAS juga terpaksa memikul bebanan yang ditiggalkan oleh bekas CEOnya yang membuat pelbagai onar sebelum dikemudi oleh Datuk Seri Idris Jala. Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan menarik Idris Jala dari MAS ke kabinet sebelum ini kerana ternyata usaha yang dibuatnya di MAS masih belum sampai ke penghujungnya. Beliau juga menyatakan bahawa sebenarnya Idris Jala juga bukanlah hebat sangat pun, kerana beliau belum lagi menunjukkan kehebatan dalam usaha ‘turn-around’ atau menghidupkan kembali MAS. Ada yang berpandangan bahawa ia adalah satu ‘cretaive accounting’ sahaja dalam erti menyusun balik aset-aset atau “assets realignment”. "MAS sebenarnya memerlukan seorang ketua eksekutif seperti Tony Fernandes untuk memimpinnya tetapi bukan dengan membawa batang tubuh Tony Fernandes itu sendiri atau ‘pergabungan’ dengan syarikatnya ke dalam MAS," kata beliau. "Jadi bila terjadi semacam ini kepada MAS, nampak sangat andaian itu betul dan selepas ini apa pula akan berlaku kepada Pemudah yang beliau ketuai di kerajaan BN," kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor. Di samping itu, beliau juga melahirkan rasa bimbang, masalah barangan pengguna yang sedang dihadapi oleh negara sekarang akan berjangkit kepada industri penerbangan pula. "Kita hadapai masalah gula, beras, tepung dan minyak kerana pemberian permit kepada syarikat dan kelompok kroni yang menjadikan harga beras contohnya terlalu tinggi dari yang sepatutnya. "Ini berlaku kerana Bernas adalah pengimport utama dan penentu kepada harga beras khususnya yang dimport. Bayangkan jika ramai lagi pihak atau syarikat diiizinkan mengimport beras maka harga akan tertakluk kepada kuasa pasaran dan akhirnya akan menyebelahi rakyat dan tidak mencekik rakyat," tambah beliau. Tepung, gula dan minyak pula ada ‘oligarki’ beberapa pengimport dan merekalah penentu harga. Ini masalah di negara kita ini yang membebankan rakyat. “Apakah industri penerbangan (aviation) juga bakal menyaksikan monopoli ini?”, Tanya beliau, sinis. Semua ini, kata beliau, bertentangan dengan semngat Akta Persaingan yang menghalang pembentukan monopoli atau kartel (oligarki) yang sepatutnya dilaksanakan di negara ini tahun 2012 nanti. Apakah mereka lakukan ini semua sekarang bagi mengelakkan undang-undang tersebut (Akta Persaingan-Anti-Trust)? |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Isnin, Ogos 08, 2011
Jualan bersilang MAS-AirAsia bakal lahirkan monopoli??
SUMBER
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan