Isnin, Ogos 15, 2011

P Pinang sambut baik tuan rumah 60 tahun PAS.. JOM MERIAHKAN PENANG!!!

SUMBER
Mohd Sabri Said   
PULAU PINANG, 14 Ogos: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) menyambut baik cadangan PAS Pusat untuk mengadakan 'Sambutan 60 tahun PAS' di negeri ini.

katanya, cadangan itu nanti bukan sahaja boleh mengembalikan nostagia penubuhan PAS sebaliknya boleh menyemarakkan semangat para pejuang kini untuk bekerja lebih keras memenangkan beberapa kerusi lagi yang PAS tandingi pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Beliau juga turut setuju agar sambutan berkenaan diadakan di Padang Putra Merdeka, Butterworth yang dulunya dikenali sebagai padang bandaran yang juga merupakan tapak asal penubuhan PAS tahun 1951.

"Kami di sini amat bangga cadangan tersebut sebab ia merupakan sejarah yang terpahat," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.

Tiada ulasan: