Selasa, Februari 16, 2010

Santai : Kisah Keluarga Penjenayah

Kriminal: Keluarga pembunuh

* ada kaitan dengan pembunuhan di dunia tak?

 

Susunan MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
2010/01/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KEJAM dan ganas. Itu kebanyakan pandangan penduduk di Kansas, Missouri, Amerika Syarikat (AS), apabila menyebut nama Terry Blair, 19, yang didapati bersalah melakukan sembilan pembunuhan bersiri, termasuk cubaan bunuh dan rogol. 

Berdasarkan laporan media di AS, perbuatan jenayah dilakukan Blair dipercayai berpunca daripada kehidupannya sejak kecil yang dihantui pelbagai jenayah yang dilakukan ibu serta dua abangnya.

Sewaktu Blair berusia 12 tahun, ibunya, Janice Blair, didakwa atas tuduhan membunuh seorang lelaki, Elton Edward Gray, dengan menembaknya di dada.

Ibunya bagaimanapun dibebaskan selepas pihak pendakwaan kekurangan bukti, sekali gus mempertahankan hujah tertuduh yang dikatakan terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri daripada menjadi mangsa cabul Gray.

Pada usia 14 tahun pula, Blair dikejutkan dengan jenayah yang dilakukan abang sulungnya, Walter Blair Jr, yang diupah membunuh seorang wanita, Katherine Jo Allen. Akibat jenayah yang dilakukannya, Blair Jr dijatuhkan hukuman mati pada 1993.

Sewaktu tamat sekolah tinggi, abang tirinya, Clifford Miller, didakwa atas tuduhan menculik, merogol dan cubaan membunuh seorang wanita.

Disebabkan jenayah dilakukan, Miller dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selama 240 tahun tanpa kebenaran untuk berada dalam pengawasan.

Semua jenayah dilakukan ahli keluarganya dipercayai menjadi punca Blair melakukan jenayah sehingga sanggup membunuh anak serta isterinya.

Berdasarkan laporan, Blair mula melakukan pembunuhan pada Januari 2004 apabila membunuh isterinya, Angela Monroe, yang hamil.

Puncanya dikatakan kerana Blair tidak menggemari pakaian seksi dipakai isterinya berikutan kelihatan seperti pelacur, menyebabkan pasangan itu bertengkar.

Kemuncak pertengkaran itu, Blair menumbuk muka Angela bertubi-tubi sehingga lemah tidak bermaya dan kemudian menjerut leher mangsa menggunakan dawai sehingga mati. Sebaik isterinya mati, Blair dilaporkan membelah perut isterinya sebelum menikam bayi yang masih di dalam kandungan Angela.

Tidak cukup dengan itu, Blair kemudian mendapatkan dua anaknya yang tidur di bilik bahagian belakang rumah dan menyembelih mereka hingga mati.

Mayat tiga beranak itu hanya dijumpai dua hari kemudian selepas kawasan kejiranan itu tercium bau busuk dari rumah pasangan terbabit.

Polis yang menyiasat pembunuhan itu percaya Blair adalah suspek utama tragedi berikutan gagal mengesannya lalu memaksa mereka melancarkan gerakan memburu lelaki itu.

Beberapa bulan selepas gagal menjejaki lelaki itu, kawasan di kejiranan Timur 2608 Kansas menerima kejutan dengan penemuan mayat pelayan kelab, Anna Ewing, 42, yang mati dijerut menggunakan dawai yang masih berada di lehernya pada 14 Julai 2004.

Siasatan polis mendapati wanita malang itu mati akibat lehernya patah kesan daripada satu hentakan kuat dan cap jari yang dijumpai pada dawai digunakan pula mempunyai kesamaan dengan cap jari Blair.

Sekali lagi polis mengadakan gerakan memburu Blair di seluruh Kansas, namun masih gagal mengesan tempat persembunyiannya.

Pada 2 September 2004, Blair sekali lagi bermaharajalela apabila melakukan dua pembunuhan membabitkan dua pelacur, Patricia Wilson Butler, 58, dan Sheliah McKinzie, 38, dan tiga pelacur yang ditemui di Kelab Walden Scent, Darci I. Williams, 25, Carmen Hunt, 40, dan Claudette Juniel, 31 (4 September 2004).

Semua mangsanya dipercayai dipukul terlebih dulu sebelum Blair menjerut leher mereka dengan seutas dawai.

Sebaik mangsa lemah, Blair dipercayai mematahkan leher mangsa dengan menghentak kakinya ke bahagian belakang leher, sekali gus menamatkan riwayat mangsa.

Bagaimanapun, pada 17 September 2004, jenayah dilakukannya sampai ke penamat apabila cubaannya untuk membunuh pelayan kelab, Nelia Harris, 32, gagal.

Nelia dilapor menggunakan penyembur lada ke muka Blair ketika lelaki itu ingin menjerut lehernya dan kesempatan yang ada digunakan untuk menumpaskan pembunuh bersiri berkenaan dengan mengetuk kepalanya sehingga pengsan.

Blair ditahan selama 29 hari sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup selama 175 tahun di Pusat Tahanan Potosi, Mineral Point, Missouri.

Info
NAMA: Terry Blair
USIA: 49 tahun
LAHIR: 16 September 1961 di Kansas, Missouri, Amerika Syarikat
FAKTA KES: Suspek utama terhadap sembilan kes pembunuhan sekitar 1982 hingga 2004
STATUS KES: Blair dijatuhkan hukuman penjara selama 175 tahun pada 15 Oktober 2004 oleh mahkamah tanpa kebenaran untuk berada dalam pengawasan

Tiada ulasan: