Khamis, Februari 18, 2010

Bantahan Campur Tangan Australia Isu DS Anwar oleh BN! Mengapa membela kezaliman?

500 ahli parti, NGO bantah(utusan.com.my)


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mengetuai lebih 500 ahli Pemuda BN, pertubuhan bukan kerajaan dan penulis blog berhimpun secara aman di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur, semalam bagi membantah campur tangan 50 ahli Parlimen Australia dalam sistem perundangan negara. Turut serta, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim (lima dari kanan).– UTUSAN/HAIFUDIN MOHD. NOR
--------------------------------
yusz felda : Salahkah pihak luar memberi pandangan berkaitan 'kezaliman'? DS Anwar kena fitnah dulu, kini dan selamanya.. dunia tahu Malaysia zalim terhadap mantan Timb Perdana Menterii.. mengapa ada pihak sanggup membela kezaliman? * As


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Hampir 500 individu dari parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun dan berarak secara aman di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng di sini hari ini.

Mereka berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan Australia yang dilihat cuba masuk campur dalam pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu membabitkan ahli Pergerakan Pemuda UMNO dan MIC, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Parti Makkal Sakti Malaysia serta Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Tiada ulasan: