Khamis, Februari 18, 2010

Kesal elaun guru takmir Melaka tinggal RM10. RM tak ada dah kot? Buat kerja lain, banyak pula RM..

Kesal elaun guru takmir Melaka tinggal RM10 | Print |  E-mail
Wah Saufi   
BUKIT KATIL: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek kesal dengan sikap kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka yang memotong elaun guru takmir dari RM50 kepada RM10 sahaja bermula minggu ini.

Katanya, jelas sekali kerajaan negeri tidak mengiktiraf peranan guru takmir yang berusaha mendidik masyarakat ke arah kebaikan. "Tindakan ini merupakan pengkhianatan kepada Islam di negeri ini dan ini merupakan suatu penghinaan kepada guru-guru tahmir tersebut, apa yang boleh mereka beli dengan RM10, minyak kereta pun tak lepas" katanya.

“Jika kerajaan negeri sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit hanya untuk program 'Gegau 1Melaka' baru-baru ini, tak kanlah kerajaan Melaka tak mampu nak bayar elaun guru tahmir?" soal beliau pada ceramah Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di perkarangan Pejabat PAS kawasan, di sini malam tadi.
-----------------------------------
yusz felda : BN rasa dia jaga pembangunan tu hanya pembangunan zahir sahaja ka? pembangunan insan macam mana? kalau tak ada guru takmir, masjid sunyi.. sudah lah tokoh-tokoh agama Pakatan Rakyat payah masuk masjid.. inilah dia BN! Duit untuk tembak bunga api RM70 juta awal tahun baru ada dulu-dulu.. tak lah pulak siapa komen?

Tiada ulasan: