Isnin, Februari 22, 2010

PEMBOHONGAN CP SABAH AKHIRNYA TERBONGKAR?

PEMBOHONGAN CP SABAH AKHIRNYA TERBONGKAR? PDF Print E-mail
Written by Admin   
Sunday, 21 February 2010 18:58

By: JEFFREY JINOR & PARDAN SINGH
PEMBOHONGAN besar Polis Kunak akhirnya Terbongkar setelah salahguna Kuasa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kunak, ASP Tan Hiap Wah dan kakitangannya terdedah di Mahkamah Majistret Lahad Datu. Sabah.

17 Februari 2010, menjadi tarikh ‘keramat’ kerana mencatat sejarah manis yang membawa malu kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim yang baru-baru ini begitu lantang memberi peringatan melalui akhbar agar ’ORANG AWAM DIINGATKAN JANGAN PERTIKAIKAN INTEGRITI POLIS’ setelah segala tindakan berniat jahat yang dilakukan oleh ASP Tan Hiap Wah bersama beberapa kumpulan ‘Perompak Hasil Kelapa Sawit’ di Skim Pekebun Kecil Tingkayu, akhirnya telah memakan diri sendiri.

Keputusan perbicaraan terhadap 10 Orang tahanan atas tuduhan di bawah Seksyen 385 iaitu ‘kes pemerasan’ yang menyebut ‘cubaan pemerasan yang mendatangkan ketakutan kepada saksi’ telah dibuat oleh Hakim Amir Shah Amir Hassan pada hari pertama perbicaraan yang dijadualkan selama 3 hari bermula 17,18 dan 19 Februari 2010. 

Hakim telah membebaskan kesemua yang dituduh yang juga AJK Keselamatan Skim Pekebun-Pekebun Kecil Tingkayu pada hari pertama perbicaraan dengan penggulungan hujah lebih kurang
“…oleh kerana kedua-dua saksi utama sendiri mengaku tidak berasa takut semasa berada di tempat kejadian dan juga mengaku tidak pernah membuat sebarang bentuk pembayaran sepertimana yang dilaporkan, maka pihak mahkamah dengan ini membuat keputusan untuk tidak meneruskan perbicaraan kerana ia hanya akan membuang masa dan akan membazirkan duit kerajaan dan ini adalah kes remeh-temeh” 

Keputusan tersebut sekaligus telah membongkar satu perbuatan jenayah kemanusiaan yang maha besar oleh pihak polis terhadap pekebun kecil dan agen sah yang dilantik, sekaligus tidak dapat diterima oleh pemikiran yang waras.

Oleh itu, semua Ahli Jawatankuasa Keselamatan Skim Pekebun Kecil Tingkayu yang telah ditahan reman selama 85 hari terpaksa menanggung trauma, tekanan mental, menanggung malu, kehilangan maruah dan harga diri serta hak kebebasan mereka sebagai warganegara Malaysia telah dicabuli, akibat daripada salahguna kuasa Asp Tan Hiap Wah dan Polis Diraja Malaysia.

Sehubungan ini, para pekebun Kecil di Tingkayu, memohon agar pihak NGO, Para Pengamal Undang-Undang, Para Pemimpin Politik serta seluruh rakyat Sabah untuk bersama-sama membantu mereka mendapat keadilan dalam kejadian terbaru berhubung Skandal ‘Penyalahgunaan Kuasa’ ASP Tan Hiap Wah dan PDRM; secara berterusan melakukan kekejaman dan penindasan terhadap orang awam yang tidak berdosa. 

Para Pekebun Kecil Tingkayu telah sebulat suara memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab khususnya PDRM dan Kerajaan Malaysia kerana gagal menghentikan salahguna kuasa Polis; khususnya di Balai Polis Daerah Kunak, Sabah.
------------------------------------------
yusz felda : ini suatu yang memeranjat dan tidak memeranjatkan.. memeranjatkan sebab melibatkan isu Polis Sabah yang sebelum ini jarang-jarang diperlihatkan banyak masalah.. tidak memeranjatkan sangat kerana ada sejarah pimpinan polis pusat salah guna kuasa dalam siasatan kes.. minta Allah beri kekuatan kepada orang Sabah..

Tiada ulasan: