Rabu, Februari 10, 2010

Felda dapat kelulusan Presiden Mahkamah Rayuan - agar ditangguhkan pelaksanaan pembayaran RM11 juta kepada peneroka!

Ganti rugi RM11j: Felda dapat penangguhan sementara

 

10/02/2010 4:41pm

PUTRAJAYA 10 Feb. – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini memperoleh penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memerintahkan agensi itu membayar ganti rugi RM11 juta kepada 354 peneroka sementara menunggu permohonan semakan terhadap keputusan itu diputuskan.
Penangguhan itu dibenarkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff serta Datuk Raus Md Sharif.

Felda mengemukakan permohonan semakan itu mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan selepas ia gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan pada 19 Januari untuk merayu.

Mahkamah masih belum menetapkan tarikh pendengaran permohonan semakan itu.
Felda diperintah membayar ganti rugi kepada peneroka berkenaan berhubung pembayaran bagi buah kelapa sawit, yang didakwa oleh peneroka berkenaan telah dibayar pada harga kualiti lebih rendah oleh agensi itu, dari 1996 hingga 2002, mengakibatkan mereka menanggung kerugian.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memberikan pampasan (award) RM7.8 juta berserta faedah kepada peneroka terbabit selepas peguam yang mewakili agensi itu tidak hadir pada perbicaraan saman itu. Keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
Peneroka berkenaan menyaman Felda pada 2002, masing-masing menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 sebagai ganti rugi am. – Bernama
-------------------------
yusz felda : kes ini amat berkait dengan kes MB Perak.. jika kali ini penghakiman berpihak kepada peneroka lagi.. alhamdulillah.. doakan sahaja hakim tidak 'BIAS' kepada BN! Kes MB Perak melibatkan maruah UMNO... maruah PM.. FELDA inipun sama juga... maruah PM kerana Felda bawah PM... sama-sama kita lihat perkembangan isu...

Tiada ulasan: