Jumaat, Februari 12, 2010

Krisis Kewangan Malaysia : Harga Barang Makin Naik- cili hijau di Felda Umas 2 biji RM0.50 sen?


Kerajaan alami masalah kewangan serius | Print |  E-mail
Harakahdaily     
KUALA LUMPUR, 12 Feb: PAS melihat Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal di mana kementerian dan agensi kerajaan telah diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.  Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, sebelum ini kerajaan mengarahkan agar semua pejabat kerajaan mematikan lampu dan semua peralatan elektrik di waktu rehat sebagai langkah penjimatan bil elektrik.

Kemudian, katanya kerajaan membuat dasar mengurangkan aktiviti latihan, peperiksaan dan mengarahkan kementerian serta jabatan agar tidak membuat begitu banyak program di hotel-hotel.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, beliau menambah, walau bagaimana pun arahan itu tidak semua dipatuhi dan langkah terbaru kerajaan cuba membekukan aktiviti latihan di beberapa jabatan.
------------
yusz : mengapa banyak pencuri? tak cukup duit kot.. mana tidak, barang mahal.. gula-gula pun hampir 1 biji RM0.10.. saya beli cili merah kelmarin di pasar sayur di Felda Umas, Tawau.. 2 biji 50sen.. gila betul! Taukeh kedai pun kata- saya macam nak jadi gila dah.. he he :)

Tiada ulasan: