Isnin, Februari 15, 2010

Mantan KP Pahang 'Over' sangat isu Tindakan Disp Ke atas YB Khalid?Rugi jemaah kan?




Abdullah Karim jawab Tuan Ibrahim 
Jimadie Shah Othman
Feb 13, 10
2:05pm
Exco Pemuda PAS Abdullah Karim - yang mengecam Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dalam isu jawatankuasa disiplin - kini bersumpah dengan nama Allah bagi mempertahankan hujahnya.

"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Tuan Ibrahim pada 3 Februari, antaranya mendakwa aduan Abdullah - berhubung penglibatan ahli PAS dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" - kepada jawatankuasa disiplin tidak dilayan kerana tidak berasas dan dibuat berdasarkan dengar cakap.

Abdullah yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pahang sebelum itu mempertikaikan kewibawaan jawatankuasa tersebut susulan kontroversi penggantungan jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad pada 29 Januari lalu.

Abdullah antaranya dilaporkan membayangkan jawatankuasa disiplin PAS berat sebelah apabila memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu, termasuk yang dilaporkannya kepada jawatankuasa itu dan pejabat agungnya.

------------------------------
mahkamah : apa pun, semuanya hendaklah beradab dalam jemaah.. jika nak 'panas' mestilah dengan mesyuarat.. mana untung, jika kita bising dalam media yang tak faham perjuangan PAS dengan kita 'bertegang urat' dan capai kata sepakat penyelesaian dalam mesyuarat di kalangan ahli jemaah/usrah yang dah lama kita ikuti??? musuh hanya tunggu tengok, tepuk tangan sambil ketawa dengan 'gah'nya JK Disp jemaah Pas yang dibarisi alim ulamak.. ijtihad keputusan jika salah 'tak berdosa' dengan syarat tidak ada unsur kezaliman.. wallahu a'lam...

Tiada ulasan: