Khamis, Februari 18, 2010

Pengalaman Guna Windows 7- Ust Zamri Rejab

Ikuti pengalaman sahabat saya guna Windows 7 

 

Windows 7 (http://ibnrajab.wordpress.com/)

Seronok guna Windows 7 yang baru ana install nih. Sangat mesra pengguna “user friendly”. Nak install apa-apa program yang disupport oleh Windows sangat senang. 

Contoh nak install keyboard untuk menaip jawi atau Arab. Jika dulu terpaksa cari CD installer bila nak tambah keyboard input, tetapi dengan Windows 7 yang baru ni, anda perlu ke Control Panel dan Add Langguages sahaja.

Nak runing apa-apa program pun laju. Tak ada sekat-sekat lagi sejak ana guna windows 7 dari awal Jan lepas. Paling seronok, tak perlu pening-pening cari driver apabila nak format komputer seperti selalunya. 

Apabila komputer dah siap tersedia dengan Windows 7, anda ambil menu “manage” sahaja dekat “My Computer” seterusnya Windows 7 akan membantu anda mencari apa-apa driver yang diperlukan oleh komputer anda secara atas talian (online).

Jom mari ramai-ramai bertukar kepada Windows 7.

Tiada ulasan: