Isnin, Februari 15, 2010

Isu Penculikan di Semporna, Sabah. Belum sempurnakah keselamatan Malaysia? Di Mana DS Shafie Afdal?

LAWAT PERAIRAN SEMPORNA BARU BUAT KOMEN PDF Print E-mail
Written by Admin   
Friday, 12 February 2010 22:45
 
INDAH...Pemandangan pekan Semporna dari udara.

Oleh: ARSHAD HUSSIN
PIHAK pembangkang perlu datang sendiri serta melawat kawasan perairan Semporna sebelum membuat sebarang komen terhadap aspek keselamatan di kawasan itu. 

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran berkata, kawasan perairan Semporna dijaga rapi pihak keselamatan membabitkan pihak polis marin; Agensi Penguatkuasaan Matitim Malaysia (APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Katanya, pihak pembangkang jangan membuat andaian berdasarkan hanya mendengar khabar angin daripada pihak tertentu sahaja yang kononnya agensi penguatkuasaan gagal melaksanakan tanggungjawab. 

Beliau mengulas kenyataan akhbar DAP Kota Kinabalu mengenai kejadian rompakan di pulau Sebangkat mengakibatkan seorang pengurus dan seorang penyelia di ladang tersebut hilang selepas dibawa sekumpulan lima lelaki yang bersenjatakan rifel merompak ladang berkenaan.
Katanya,pasukan keselamatan juga memupnyai pos kawalan di beberapa kawasan perkampungan sepanjang perairan Semporna menunjukkan kawasan ini selamat dikunjungi pelancong dalam dan luar negara. 

Pihak penguatkuasaan menjalankan rondaan hampir setiap hari bagi memastikan kawasan perairan bebas daripada ancaman anasir tidak diingini. Belaiu menegaskan sejak 2001 tidak ada kejadian rompakan dilaporkan di kawasan Semporna berikutan pengawasan secara berterusan pihak keselamatan. 

Datuk Nasir menasihatkan pihak pembangkang tidak mensensasikan isu itu sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan pihak keselamatan menanganinya.
-----------------------------------------

Semporna kian tidak Sempurna

Ditampal salin dari: http://masdarwahid.blogspot.com/



SEMPORNA : Ingat lagi, kes penculikan pelancong-pelancong asing dan beberapa warga tempatan berjumlah 21 tawanan di Semporna, Sabah pada 2000 oleh Kumpulan Abu Sayyaf daripada Filipina?

Kejadian pada 23 April tahun 2000 itu cukup menggemparkan seluruh dunia kerana melibatkan 12 pelancong asing, lapan pekerja resort dan seorang anggota polis.

Tidak lama selepas itu, pada 18 September tahun yang sama berlaku sekali lagi penculikan di Pulau Pandanan iaitu kira-kira 20 batu nautika dari Semporna dan kali ini membabitkan tiga orang awam.

Pada ketika itu, seluruh kelengkapan ketenteraan negara dikerahkan ke Sabah sehingga rakyat di negeri itu seperti berada pada zaman perang apabila saban malam, helikopter perang melalui udara Sabah dengan pancaran cahaya.

Kes penculikan itu turut menyaksikan pejabat polis di Semporna diserang lanun (dalam bahasa tempatan disebut mundu) yang sehingga kini memberi igauan ngeri penduduk di negeri itu.

Semporna, mungkin satu-satunya nama tempat di dunia ini yang menamakan pulaunya dengan nama itu, tetapi nama yang unik itu tidak cukup 'sempurna' kawalan keselamatannya sehingga ke hari ini.

Terbaru, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim mengesahkan seorang pengurus dan seorang penyelia syarikat pemeliharaan rumpai laut diculik selepas berlakunya satu kes rompakan bersenjatakan raifal dan parang di Pulau Sebangkat, Semporna, pada 8 Februari lalu.

Menurut Noor Rashid, kedua-dua lelaki itu adalah rakyat tempatan yang berumur antara 35 dan 40 tahun.

Walaupun beliau mengakui penjenayah itu masih berada di Sabah, tetapi sehingga kini polis negeri gagal membuat sebarang tangkapan.

Persoalannya ialah sejauhmana keseriusan pihak polis dan kerajaan negeri menjaga keselamatan daerah Semporna yang terkenal antara kawasan yang memiliki Pulau tercantik di dunia?

Lebih memeranjatkan lagi apabila media perdana sejak beberapa minggu lalu kerap menyiarkan pulau itu sebagai selamat untuk dikunjungi sebelum berlaku insiden penculikan itu.

Mengulas isu itu, Ketua Cabang PKR di Semporna, Hj. Md Abdul Wahab berkata, media telah penduduk di daerah itu kerana sehingga kini Semporna kekal ditakluk oleh sekumpulan besar warga asing dari Filipina.

"Saya cukup kesal dengan laporan media kerana kami di sini bukan sahaja terancam dari segei keselamatan tetapi juga pihak berkuasa seolah-olah 'redha' dengan kebanjiran warga asing dari Filipina di Semporna," katanya, sambil memberitahu sejumlah 80 peratus warga asing dari Filipina mendominasi pulau itu sehingga kini.

Beliau memberi contoh bagaimana warga asing yang ditangkap oleh pihak berkuasa pada waktu pagi boleh ditemui berkeliaran dengan bebas di Semporna pada petang hari yang sama dan hal tersebut mengesahkan tanggapan umum bahawa ada kemungkinan amalan rasuah cukup berleluasa di daerah itu.

"Kejadian seperti pecah rumah, dadah dan kecurian harta benda bukan lagi sesuatu yang asing di sini dan anda bayangkan ancaman keselamatan yang terpaksa kami harungi berpuluh-puluh tahun," katanya kepada erapakatan.com

Terdahulu, erapakatan.com melaporkan jenayah di Sabah kian membimbangkan sepanjang tahun lalu.

Md Abdul Wahab turut menyelar kegagalan Ahli Parlimen (MP) Semporna, Shafie Apdal merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (PLW) yang kurang melawat kawasan.

"Saya lahir dan membesar di sini sejak keturunan nenek moyang saya dari Bajau Kabang, dan jawatan Shafie sebagai menteri penuh sepatutnya mampu menjadikan daerah ini lebih sempurna berbanding kawasan lain sesuai dengan jawatan beliau selaku Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Tetapi, tambah Md Abdul Wahab, apa yang berlaku adalah sebaliknya, kiaitu Shafie bukan sahaja gagal membangunkan kawasan ini malah kerap tidak hadir untuk menziarahi kawasannya.

"Sebab itu, saya sangsi fungsinya sebagai Pengerusi BN di Kedah," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa dan Pengerusi BN Sabah, Musa Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri mengutamakan tindakan dalam menyelesaikan kes itu berbanding hanya bercakap sepanjang masa kononnya daerah itu selamat, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Untuk rekod, Shafie Apdal ialah mantan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang kini dikirim oleh Presiden Umno Mohd Najib Abdul Razak ke Kedah dalam misi merampas Kedah dari pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

"Sesuatu yang aneh, apabila orang Sabah dihantar untuk merampas Kedah dari PR sekali gus menunjukkan Umno Kedah seolah-olah ketandusan pemimpin tempatan," tambah beliau lagi

Tiada ulasan: