Jumaat, Februari 12, 2010

MR Razak = DS Najib Tun Razak kah yang dimaksudkan Altantuya? atau Mr Razak=Abdul Razak Baginda. Ikuti kupasan wikipedia> Abdul Razak Baginda... Mesti Baca!

Abdul Razak Baginda

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Abdul Razak Baginda
Abdul Razak Abdullah Baginda (1960 - ) merupakan bekas penganalisis politik dan pembantu rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nama beliau menjadi terkenal dalam tahun 2006 apabila beliau didakwa dengan tuduhan bersubahat dalam pembunuhan ngeri model sambilan Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 16 November 2006.[1] Namun pada 31 Oktober 2008, kesnya di dapati "prima facie" dan beliau telah dilepaskan dan dibebaskan.[2]

Pembunuhan Altantuya

Setakat ini Abdul Razak Baginda dilaporkan terlibat dalam pembunuhan kejam Altantuya di Hutan Simpan Puncak Alam, Selangor. Altantuya dipercayai telah ditembak mati oleh pegawai polis dari Unit Tindakan Khas , sebelum diletupkan dengan bom C4. Letupan C4 biasanya digunakan oleh kontraktor di kawasan kuari .
  • 2004-2005 Abdul Razak ada hubungan dengan Altantuya dan bermula di Hong Kong. Altantuya juga ada perniagaan di Hong Kong. Antantuya mendakwa anak lelakinya adalahn hasil hubungan dengan Abdul Razak. Nama Amina / Aminah diberikan oleh Abdul Razak. Abdul Razak Baginda dikatakan mempunyai hubungan intim dan sulit dengan Altantuya Shaariibuu.
Abdul Razak dikatakan telah menemui Altantuya beberapa kali dan telah menyerahkan sejumlah wang beberapa kali.
Abdul Razak melantik penyiasat persendirian Balasumbramaniam Perumal untuk mengawasi tindak-tanduk Altantuya di pejabatnya atau di rumah .Pelikya Abdul Razak enggan membuat laporan polis walaupun menerima ugutan SMS , ugutan keselamatan anak perempuan dan lain-lain dengan alasan menjaga reputasi.
  • 17 Oktober 2006 Altantuya ingin menemui Abdul Razak di pejabat dan rumahnya tetapi tidak berjaya. Altantuya melantik seorang penyiasat persendirian untuk mencari alamat rumah Abdul Razak.
  • 19 Oktober 2006 Altantuya ke rumah Abdul Razak dan buat kecoh. Sejak malam itu Altantuya 'hilang' dibawa oleh Cif Inspektor Azilah Hadri , Koperal Sirul Azhar Umar dan seorang lagi anggota polis ke Balai Polis Brickfield.
Rundingan telah diadakan agar Altantuya tidak membuat laporan polis. Altantuya telah menuntut US 500,000 dan tiket kapala terbang ke Mongolia.
  • 7 November 2006 cebisan mayat Altantuya ditemui di Mukim Bukit Raja, Shah Alam.
  • 8 November 2006 Abdul Razak Baginda direman 5 hari kerana menculik dan berniat mengurung Altantuya. Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, beliau boleh dipenjara sehingga 7 tahun dan didenda.
Rumah Razak Baginda di Bukit Bandaraya dan di Damansara Height digeledah oleh pihak polis bagi mendapatkan sebarang maklumat.Pasport, komputer riba, komputer peribadi dan beberapa barangan peribadi lain telah diambil untuk dianalisis.
Peguam Razak Baginda ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah memantau barang-barang yang diambil oleh pihak polis.
  • 11 November 2006, Razak Baginda dimasukkan ke Wad Kecemasan , Hospital Kuala Lumpurasma dan penimbunan cecair dalam paru-paru selepas mengadu sakit dada.Kini dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari HKL dengan kawalan polis. (HKL) akibat
  • 23 November 2006 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Abdul Razak dibebaskan dengan bon jaminan RM1 juta .
  • 19 Januari 2007 Hakim Datuk K. N. Segara menolak permohonan bertulis Abdul Razak untuk dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan .
  • 26 Januari 2007 Abdul Razak memohon perbicaraan itu dipercepatkan . Prosiding sepatutnya pada 10 Mac 2008 tetapi dipercepatkan ke 4 Jun 2007. Tapi ditunda ke 18 Jun 2007 kerana pertukaran barisan pendakwa. Peguam bela beliau ialah Wong Kian Kheong .

[sunting] Abdul Razak dibebaskan

Pada 31 oktober 2008, Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya kerana tiada kes prima facie. Manakala pertuduhan-pertuduhan yang lain, Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Koperal Sirul Azhar Umar diperintah membela diri. Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin di Mahkamah Tinggi Shah Alam menyampaikan keputusan berdasarkan perbicaraan mahkamah selama 151 hari bermula 4 Jun 2007 . 

Prima facie ialah kes yang mempunyai bukti yang cukup dan pada kadar minimum yang diperlukan untuk membolehkannya diteruskan dalam proses kehakiman.[4]

--------------------------
MAHKAMAH : bacalah dahulu.. buat kajian.. Mengapa PM sampai hari ini tidak menyaman akhbar/majalah di Perancis kerana menyiarkan kisah Altantuya & hubungan dengan DS Najib???

Ingat tak ketika Tuan Guru Presiden Pas difitnah berada dalam senarai pengganas dunia oleh sebuah akhbar/majalah di Britian? Pas Malaysia dengan kerjasama pihak guaman di Britain menyaman akhbar tersebut dan akhirnya kemenangan berpihak kepada Tuan Guru di mana TIADA KAITAN keganasan tersebut dengan Tuan Guru dan Tuan Guru mendapat gantirugi fitnah tersebut. Nah!! Ini baru dia.. berani saman jika tak betul.. tapi mengapa DS Najib diam bila akhbar luar negera menceritakan perihal Altantuya & Malaysia???

Tiada ulasan: