Jumaat, Januari 29, 2010

ku Li: Kelantan berhak dapat royalti minyak, KU LI berkata benar walau pun pahit!

ku Li: Kelantan berhak dapat royalti minyak | Print |  E-mail
M Faqih   

(Gambar: Puluhan ribu hadir mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak) -Foto: Rizal Tahir
 
KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.
Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

-----------------------
yusz felda : APAKAH PM AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS KU LI ATAS HAL YANG MEMALUKAN BN/UMNO??? TAK APA KU LI, KAMU TELAH BERTINDAK DENGAN BETUL WALAUPUN NYAWA KAMU MUNGKIN AKAN MELAYANG! ALLAH BERSAMAMU.. TAKBEERRR!!!

Antara sebab kematian di jalan raya, JPJ kesan bas dipandu 170km/j?

Bas pecut 170 km/j


SALIM Parlan memeriksa buku log bas semasa menjalankan Operasi Pra-Ops Sikap di Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi kelmarin.


KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kita sering melihat di bahagian belakang badan bas ekspres tertera had kelajuan yang dibenarkan di lebuh raya iaitu 90 kilometer sejam.

Tetapi apa yang disaksikan oleh wartawan Utusan Malaysia ketika menyertai operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Lebuh Raya Utara Selatan kelmarin, amat mengejutkan.
Ia kerana dalam operasi itu, JPJ mengesan seorang pemandu 'pelesit' ke Johor Bahru memandu dengan kelajuan 170 kilometer sejam.

Walaupun melakukan kesalahan memandu hampir dua kali ganda daripada had laju 90 kilometer di Kilometer 165.4, berhampiran Henterian Sebelah Tangkak, namun pemandu tersebut terlepas daripada tindakan undang-undang.
----------------
mahkamah-akhirat:.. roadblock yang kerap setiap 120 km ka.. kiranya dalam anggaran 2 jam.. boleh membuka mata drebar sikit.. ATAU ejas gear atau pedal minyak jika ditekan pun hanya mampu 90km/j  juga.. guane?

DUN Perak bubar sebelum 9 Februari?

DUN Perak bubar sebelum 9 Februari? | Print |  E-mail
http://idhamlim.blogspot.com   

Saya jangkakan DUN Perak akan dibubarkan sebelum 9 Feb iaitu sebelum mahkamah mengumumkan keputusan penghakimannya. Kalau nak sebut tarikh pula,saya jangkakan pada mana-mana hari antara 1 hingg 7 Feb.

Ini ramalan peribadi saya berdasarkan maklumat yang saya terima dan juga mengambil kira perkembangan terkini politik di Perak.

Sementara itu saya juga jangkakan pada 9 Feb, panel hakim akan mengumumkan NIzar sebagai pemenang nya, namun dalam keadaaan yang saya katakan diatas iaitu, DUN Perak telah dibubarkan.

Berdasarkan pengamatan saya sepanjang penghujahan kedua belah pihak Nizar dan Zambry pada 5 Nov tahun lepas, sesunggunhya sangat mustahil dan agak kurang masuk akal kalau hakim masih menyebelahi Zambry, artinya Nizar tetap akan diumumkan sebagai pemenang.

Oleh itu saya kira waktu sekarang tidak ada yang lebih utama melainkan menggerakkan seluruh organ parti unuk menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN tersebut. Jentera pilihan raya Pakatan Rakyat telah dan mesti digerakkan semaksima mungkin.

Kalaupun ianya meleset dan tidak berlaku dalam masa terdekat, namun saya ingatkan bahawa PRU ke 13 sudahpun tidak berapa lama lagi. Malah ada yang menjangkakan sekitar setahun dari sekarang.

Doakan sesuatu yang terbaik berlaku di Perak demi keadilan dan kemamuran yang telah terhakis akibat dari pelanggaran demokrasi dan rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO dan BN.

Sama-sama kita tunggu dan lihat, benarkah ramalan saya diatas ?

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

------------------------------------------------------

mahkamah-akhirat : saya pun macam ada rasa begitu juga... kiranya jika Dun Bubar, orang ramai akan seronok dan puji BN/UMNO la konon-konon demokrasi... TV Kerajaan dok main putar tentang BUBAR DUN.. agar orang leka tentang hal yang lebih hebat iaitu keputusan Mahkamah 9/2.. orang akan lupa kehebatan Islam yang diperjuangkan DS Nizar.. orang akan lupa kezaliman DS Zambry sepanjang tempoh memegang kerajaan 'haram'.. kiranya kemenangan DS Nizar tidak akan mengejutkan pada saat orang ramai sedang leka dengan keputusan pembubaran DUN oleh DS Zambry.. eleh! Rakyat yang sedar akan menunggu keputusan siapa MB yang sah juga..

Khamis, Januari 28, 2010

Isa lagi! ORANG ISLAM BUNUH ORANG ISLAM?


cuba lihat ayat ini : (utusan.com.my)



Hishammuddin berkata, kementeriannya berhubung rapat dengan agensi antikeganasan antarabangsa dan kesemua yang ditahan itu adalah mereka yang dikehendaki.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut identiti mereka yang ditahan itu.
‘‘Mereka yang ditahan itu baru tiba di negara ini, jadi ini bukan perkara yang telah bertapak lama di Malaysia.
‘‘Kalau kita tak ambil tindakan cepat saya bimbang ia dapat mempengaruhi mana-mana pihak. 
>>> tuan/puan... kalau hal melibatkan orang Islam, libatkan agama.. punyalah bertindak macam kita pengganas.. kita ikut Amerika Syarikat buat apa??? masalahnya ialah.. selama ini USA ini tolong Israel, bunuh orang Islam Palestine.. tak pula negara cepat-cepat pergi tolong tembak orang Israel.. mengapa orang Islam membunuh orang Islam sendiri?



Sofi Wahab   (harakahdaily.net)
Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein semalam, mengesahkan 10 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dipercayai terlibat dengan organisasi pengganas antarabangsa.

Jelas sekali undang-undang ISA yang berkuasa menahan sesiapa sahaja tanpa bicara masih mencengkam dan terus dipertahankan.

Walaupun kerajaan melaung-laungkan untuk mengubah atau memperbaiki undang-undang drakonian ini tetapi ianya masih belum menjadi kenyataan.

Sampai bilakah undang-undang yang bertentangan dengan Islam ini akan digunapakai. Mungkin selepas kerajaan BN jatuh pada pilihanraya akan datang barulah ianya dihapuskan.

Selagi ada BN, ISA sudah tentu akan ada kerana mungkin ada udang di sebalik 'mee' mengapa ia dikekalkan.

Sebagai rakyat Malaysia saya amat mengharapkan ia dikaji dan seterusnya dihapuskan dengan segera bagi memastikan hak asasi manusia di bumi Malaysia ini dipertahan dan didaulatkan.
Undang-undang lain yang ada di negara tercinta ini sudah cukup untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan negara kita.
 
Malaysiakini.com/bmTahanan ISA: 4 Syria, 2 Nigeria , 1 Yemen & Jordan
Jan 28, 10 11:24am
TERKINI Sebuah pertubuhan hak asasi manusia mendakwa 50 orang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Khamis lalu di Kuala Lumpur tetapi sebahagian besar mereka telah dibebaskan.

Menurut presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim hanya 12 masih ditahan manakala yang lain dibebaskan pada jam 3 pagi, sehari selepas ditahan.
Katanya, kumpulan berkenaan yang kebanyakan mereka pelajar asing dicekup sepasukan polis ketika menghadiri kelas agama di Sungai Cincin, Gombak.

Syed Ibrahim berkata daripada sembilan nama mereka yang ditahan itu yang diperolehi oleh GMI menunjukkan seorang adalah rakyat Syria, dua rakyat Nigeria, seorang Yemen, seorang Jordan manakala seorang lagi adalah rakyat Malaysia.

"GMI percaya penahanan terbaru ISA mungkin sebagai tindak balas tekanan antarabangsa berhubung ancaman pengganas di Malaysia," katanya.
Pada sidang media hari ini, dia ditemani oleh seorang daripada tahanan ISA yang dibebaskan oleh polis minggu lalu.

Kemungkinan berkaitan dengan pengebom 'seluar dalam'
Semua tahanan didakwa sebagai kumpulan yang dikaitkan dengan Umar Farouk Abdulmutallab, 23, rakyat Nigeria yang ditahan di Amerika Syarikat.

Isu Kalimah allah : Ulasan Pakar Bahasa Arab- Ust Hasmadi Hamdan (sahabat di Jordan

About Me

My Photo
Hasmadi Bin Hamdan (hasmadi.blogspot.com)
>>> Pendidikan: 1. TASKA ABIM Batu 10, Kota Sarang Semut. 2. SK Buluh Lima 3. Maktab Mahmud Alor Star 3. SMAP Kajang 4. SMKA Kedah 5. Pusat Bahasa Arab Nilam Puri 6. IKIP Pahang 7. Al al-Bayt University, Jordan 8. Maktab Perguruan Islam 9. Universiti Malaya >>> Pekerjaan 1. SMKA Maahad Hamidiah Kajang 2. SMK Air Merah Kulim 3. SMK Taman Hi-Tech Kulim 4. Pegawai j-QAF PPD Kulim 5. Pensyarah Luar, Universiti Malaya. 6. SAM Bandar Baru Salak Tinggi. e-mel: hasmadi@mailcity.com

 Sunday, January 17, 2010


Menjawab Keraguan

Aku ingat isu penggunaan nama Allah ini telah reda dan berakhir. Namun, apinya masih panas. Baranya masa ada. Aku sudah menulis tentang hal itu. Menggunakan hujjah daripada al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi sumber perundangan Islam. Menggunakan al-Quran dan al-Sunnah kerana itulah pun yang dianjurkan oleh Islam apabila kita berbeza pendapat. Al-Quran menganjurkan "apabila kamu berselisih pendapat, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan RasulNya (al-Sunnah). Hujjah aku menggunakan al-Quran dan al-Hadis tidak pernah disanggah. Dan mereka tidak pula menggunakan hujjah daripada al-Quran dan al-Hadis sebaliknya hanya hujjah ketakutan dan juga `urf.

Ketakutan mereka adalah menjaga sesitiviti umat Islam di Malaysia yang sudah lama menggunakan nama Allah ini. Mereka bimbang kalau terjumpa gereja yang tertulis Bayt Allah, Rumah Allah, Gereja Allah. Mereka bimbang kalau orang Kristian mengajak "Marilah kita kembali ke Jalan Allah!".

Aku sudah sebutkan di dalam Facebook dengan memetik firman Allah: Sekiranya tidak terdapat gesaan Allah kepada manusia (untuk melakukan Jihad), nescaya akan dimusnahkanlah sawa:mi` (biara golongan Sa:bi:n), biya` (biara Kristian), Salawa:t (biara Yahudi dan masjid (yang menjadi tempat) menyebut nama Allah dengan meriahnya (al-Haj:40).
Mereka yang tidak puas hati dengan terjemahan yang aku terjemahkan di sini, bolehlah merujuk mana-mana terjemahan dan tafsir pun dan kemudian sila beritahu aku maksud dan tafsir ayat ini. Mereka takut gereja ditulis nama Allah, tetapi tidak takut pula dengan Kedai Sports Toto, Magnum 4D, Bank Ribawi Berhad, Mahkamah Sivil, HillCity Health Centre dan pelbagai papan tanda lagi yang menganjurkan aktiviti yang ditegah oleh Allah.

Mereka juga takut Kristian menggunakan nama Allah dalam bentuk TRINITY. Mereka takut berdosa dengan perbuatan Kristian yang menyekutukan Allah. Mereka akan berdosa besarlah kalau mereka benarkan Kristian menyebut nama Allah. Bukan mereka sahaja takut berdosa, bahkan mengeluarkan fatwa gila dan bodoh dengan mengatakan sesiapa yang membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah akan kafir. Hukumnya sama seperti mempalang dada ketika terkejut dan berdoa. Aku malu sebab aku datang dari daerah Kulim. Emak aku dan bapa tiri aku tinggal di daerah Kulim.

Dalam pilihanraya 12 dahulu aku tahu mereka memangkah Ahli Parlimen tersebut. Walaupun undi adalah rahsia, tetapi emak aku adalah pengundi tegar pembangkang sejak dulu lagi. Aku pun kerana taatkan emak aku mengikut jejak langkahnya. Aku pernah ke hulu ke hilir mendengar ceramah bakal calon ketika itu. Pernah aku masuk ke restoran Cina untuk mendengar ceramah beliau. Tetapi sekarang aku malu. malu kerana berwakil rakyatkan seorang Ahli Parlimen yang bodoh dan sombong pula. Menuduh aku kafir pula. Aku tidaklah mempunyai apa-apa pengaruh pun di dalam kampung aku. Tetapi sekurang-kurangnya emak aku akan dengar cakap aku kalau aku bagitau dia jangan sokong lagi ahli parlimen yang bodoh

.



Bapa tiri aku juga aku yakin akan dengan cakap aku. Begitu juga dengan adik-adik beradik tiri aku. Aku akan meminta mereka supaya jangan sokong wakil rakyat yang tidak memahami al-Quran. Yang tidak bertoleransi dengan penganut agama Samawi. Itu pun kalau beliau dipilih menjadi calon sekali lagi. Aku harap beliau dipilih menjadi calon gerombolan pulalah. Senang aku dan seluruh keluarga aku hendak memangkah muka beliau.


Di dalam Surah al-Ma:idah ayat 73 Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang yang telah berkata bahawa Allah adalah satu daripada tiga." Allah yang mereka tigakan itu adalah Allah kitalah. Mereka kafir kerana mensyirikkan Allah kitalah. Kalau mereka mensyirikkan Gautama Buddha, apa kes Allah hendak menegah mereka. Memang tidak ada kena mengena dengan kita pun. Kalau mereka hendak menigakan tuhan sepertimana iktikad beberapa orang India yang mengatakan oknum tiga Brahma, Siva dan Visnu, tentulah Allah tidak menyebutnya di dalam al-Quran pun sebab tidak ada kena mengena dengan Allah pun. Mereka memang menyekutukan Allah dengan iktikad trinity mereka itu. Kalau mengaitkan trinity dengan Allah pun dikira berdosa dan terkeluar daripada Islam, apa hukumnya pula al-Quran yang menyebutkan bahawa orang-orang yang mengaitkan Allah dengan Trinity adalah kafir?

Ketakutan orang-orang ini ada kalanya tidak berasas. Mereka mengandaikan apa pula nanti kalau Gudwara, Kuil Hindu atau Tokong Cina hendak menggunakan nama Allah pula di premis mereka. Ketakutan ini bagi aku tidak berasas. Sikh, Hindu dan Cina tidak menyembah Allah. Sejarah agama mereka berbeza. Kaum Sikh mempercayai ajaran Guru Nanak. Manakala Hindu pula berasal daripada kepercayaan kaum Touran, Dravedia dan Aryan. Tuhan mereka banyak sekali sehingga tidak dapat dihitung. Agama mereka sama seperti agama pagan yang lain yang mempercayai unsur alam semula jadi seperti tuhan Greek juga. Sebelum ada tuhan Brahma, Siva dan Vishnu, mereka telah menyembah Yama dan Andra. Orang-orang Cina juga mempunyai berbagai-bagai agama. Yang utama adalah pengikut Buddha. Pengasas agama ini adalah Sidharta Gautama Buddha. Justeru, kenapa mereka hendak letakkan Allah pula di tempat-tempat ibadat mereka. Memang tiada kaitan pun. Dan aku fikir, pemikiranb mereka tidak akan mencapai kemuncak kebodohan pemikiran orang-orang yang berfikiran karut ini.

Perlu aku sebutkan di sini alasan mereka adalah 'urf al-Balad. Di dalam buku al-Nazariyyat al-Fiqhiyyah, Muhammad Zuhayli (1993) menyebutkan, 'urf itu mestilah bersyarat. Syaratnya ialah hendaklah uruf itu adalah uruf semua manusia. Justeru, tidak boleh dikatakan uruf kalau uruf itu hanyalah uruf di Semenanjung Malaysia sahaja, manakala di Malaysia Timur dibenarkan penggunaan kalimah Allah. Uruf mestilah syamil, merangkumi semua tanpa pengecualian. Uruf juga mestilah tidak bertentangan dengan nas Quran dan Hadis. Kalau al-Quran pun membenarkan, begitu juga Hadis dan tinggalan Rasulullah seperti surat baginda kepada Mauquqis dan Najjasyiy, uruf itu tidak terpakai. Banyak lagilah perbahasan berkenaan dengan uruf ini. Aku harap mereka tidak pandai sebut atau menjadi burung tukang yang menyipongang kata-kata orang lain sahaja. Mesti tahu dan mesti menguasai perkara tersebut sebelum dituliskan di dalam blog atau sebelum berkokok di mana-mana pun.

Kebodohan bukanlah satu dosa atau kesalahan. Seseorang tidak boleh dikatakan bodoh kalau dia tidah tahu. Tetapi sekiranya diberitakan ayat al-Quran dan Hadis serta pendapat ulama pun dia masih lagi mempertahankan kebatilan dan kebodohannya, apa lagi yang boleh kita katakan. Kita hanya mengharapkan Allah memberi hidayah kepadanya. Aku pasti kalau kebodohan itu masih menjadi kokokannya, pastilah dia akan kalah terkerjung begitu sahaja.
Posted by Hasmadi Bin Hamdan at 4:27 AM 0 comments

---------------------------------------

yusz felda : YB Zulkifli Nordin memang acapkali menimbulkan kontroversi.. memanaskan suasana.. agaknya latarbelakang beliau sebagai peguam dan terlibat dengan NGO menguruskan hal berkaitan murtad.. beliau agak sensitif.. NAMUN, Yb mungkin terlupa 'aspek dakwah' yang mesti dijaga oleh Umat Islam Malaysia...  

Awas Blogger Yang Mahukan Kebenaran! Nyawa blog kita di hujung tanduk! UMNO akan hack/musnah blog-blog kita!

Perak Express   


Pada 23 Januari, satu artikel tersiar di Malaysia Today tentang perancangan BN untuk melumpuhkan blog-blog pembangkang. Dalam siri lawatan Najib ke India, delegasi Najib telah berunding untuk mendapatkan khidmat pakar-pakar IT untuk melumpuhkan blog-blog pembangkang. Seramai 200 hackers akan diambil dengan bayaran RM300 juta setahun.

Semalam, aku menerima dua sms dari pembaca Perakex. Mereka bertanya mengapa dah lama Perakex tidak dikemaskini. Aku pun heran sebab Perakex dikemaskini setiap hari. Tetapi setiap kali mereka mengakses Perakex, mereka akan melihat laman yang di kemaskini pada 22 Januari 2010. Dimana artikel “Dimana Allah Berada” pada muka depan.

Aku mengandaikan bahawa IP mereka telah di block dari mengakses Perakex. Salah seorang dari mereka mencuba laman Penarik Beca dan Tukar Tiub dan mendapati perkara yang sama berlaku dimana dia mengakses laman lama. Dia kemudian mencuba menggunakan komputer CC dan tak ada masalah. Kesimpulannya, IP beliau telah di halang dari mengakses laman-laman blog pro-PR yang utama.

Blog-blog pro-PR semakin mendapat perhatian kebelakangan ini dengan jumlah pengunjung yang meningkat dengan begitu banyak. Tetapi harus berhati-hati kerana kita tidak mahu apa yang berlaku kepada Suara Keadilan Online pada tahun 2008 berlaku kepada blog-blog pro-PR.

Aku bukan pakar dalam blog, tetapi kenaikan pengunjung yang mendadak menyebabkan beberapa blog di gantung oleh Blogspot seperti yang berlaku kepada blog Matsamankati aku dulu. Begitu juga dengan blog Notoumno kepunyaan Radenjowo.

Aku perhatikan, beberapa blog naik dengan mendadak. Blog Albanjari meningkat dengan cepat. Begitu juga dengan blog Penarik Beca yang sudah lebih popular dari blog Anwar Ibrahim. Sekiranya itu satu kenaikan yang normal kerana pengunjung semakin meminati blog tersebut, tak apa..aku ucapkan tahniah. Tetapi apa yang aku risau, bila tiba masa yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya, blog hangpa kena suspend. Buat back-up dan lakukanlah apa yang patut.

Najib sanggup menghabiskan ratusan juta untuk menutup blog pembangkang dengan mengimpt pakar-pakar IT dari India. Apa macam kalau pakar-pakar IT dan hackers dari Malaysia pula bergabung melawan Umno? Ada sapa-sapa nak cadangkan?


Sementara itu, perkhidmatan Streamyx dan CELCOM semakin teruk. Semalam, sehari suntuk aku tak boleh nak access internet di Kuala Kangsar. Mungkin selepas ini, Telekom dan CELCOM juga akan menjadi sebahagian dari jentera pilihanraya BN.
-----------------------------------


yusz felda : doakan wahai sahabat, andaikata nyawa blog kita di hujung tanduk , ingatlah kita ada Allah.. kita ada Al-quran, ianya akan memberi syafaat kepada pencintaNya.. Tidakkan Miskin Jika Membela Islam... 

UMNO mesti dimusnahkan dengan DOA kerana ia menghina Allah.. menghina arahan dan perintah Allah! Pas tidak akan ada, jika UMNO melaksanakan hukum Islam...
 

Rabu, Januari 27, 2010

Kepala Babi dilempar Orang UMNO ke dalam masjid?

Kepala babi dilontar dalam perkarangan dua masjid(MALAYSIAKINI.COM/BM)
----------------------------------------------------------------

YuszFekda,,    UMNO tak solat, tak ada siapa yang boleh kaki  mengambirat                                                 

Jimadie Shah Othman
Jan 27, 10
10:55am

dikemaskini 2.50pm

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama hari ini.Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.


Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya datang untuk menyiasat kawasan kejadian.

Wang juga dijumpai bertaburan 

Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.


Sharif, seorang peniaga, bersama seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan solat.

Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk sekeping wang RM1, RM5 dan RM10 - kesemunya bernilai kira-kira RM35.Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.

Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.
Bungkusan lutsinar. Manakala di Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya - berdekatan dengan lebuh raya Pantai Baharu (NPE) - terdapat dua kepala babi hutan ditemui di perkarangan masjid berdekatan di pintu belakang kira-kira jam 6 pagi tadi oleh anak kariah.

Jarak antara kedua-dua masjid tersebut adalah sejauh 3km.
Saksi kejadian, Mohd Hilmi Bakri, 20, seorang pelajar berkata ketika beliau ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat Subuh, beliau ternampak kira-kira 20 orang sedang berkerumun melihat sebuah bungkusan lutsinar.

Berdekatan dengan bungkusan itu juga terdapat 30 wang kertas RM1. Mereka membiarkannya kerana menyangka bungkusan mengandungi bayi yag dibuang.

Kemudian, seorang pegawai masjid menghubungi pihak polis kira-kira jam 6.30 pagi. Dua anggota polis tiba dan membuka bungkusan tersebut, dan mendapati ia berisi kepala babi hutan.

Selepas itu, dua kereta peronda polis datang dan mengambil kepala babi hutan itu kira kira jam 7.30 pagi tadi.

Sementara itu, timbalan nazir masjid berkenaan, Hasbullah Zainal berkata beliau kesal dengan kejadiaan tersebut yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Beliau juga meminta anggota kariah supaya bertenang dan menyerahkannya kepada pihak keselamatan untuk menyiasat kejadian itu.











Selasa, Januari 26, 2010

Isu Kalimah Allah: Tokoh Maal Hijrah 1431H Dr Yusof al-Qaradawi, persoalkan Malaysia...

Kalimah Allah: Al-Qaradhawi persoal inisiatif Malaysia? | Print |  E-mail
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Seperti PAS dan Pakatan Rakyat, Sheikh al-Islam, Dr. Yusuf al-Quradhawi Jumaat lepas turut mempersoal inisiatif sesetengah pihak di Malaysia yang dilihat berusaha menghalang masyarakat bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah. “Surah terakhir dalam Al-Quran (yang bermaksud), “Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada Tuhan untuk sekalian manusia.”

“(Mengapa) bukan (disebut lafaz) Allah bagi masyarakat Muslim atau masyarakat Arab atau; yang Maha Menguasai bagi masyarakat Arab, Tuhan bagi orang Arab (lalu ditanya) ‘mengapa orang Malaysia kebelakangan ini begitu tidak selesa?” dipetik dari laman rasmi al-Quradhawi, http://qaradawi.net.

Berkhutbah Jumaat di Masjid Umar al-Khattab, Doha, beliau berkata, masyarakat Islam dan bukan Islam seharusnya saling menghormati  tabiat kepelbagaian beragama dalam masyarakat.

"Perbezaan kepercayaan antara penganut satu-satu agama tidak seharusnya memisahkan (antara) masyarakat bukan Islam dan kami (umat Islam) di dunia ini, tetapi yang memisahkan (antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam adalah) Allah (pada) hari kiamat,” jelasnya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Cendekiawan Fiqh Islam Sedunia (Majmak Fiqh al-Islami al-‘Alami) turut mengutuk beberapa siri pengeboman rumah ibadat bagi penganut agama Kristian di Malaysia sebelum ini. "Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia tidak tepat,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS serta Pakatan Rakyat membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.

Pun begitu, penggunaan kalimah Allah atas tujuan mengelirukan umat Islam atau menghina kesucian mana-mana agama sama sekali tidak dibenarkan.

Manakala, kerajaan serta lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam pula sebelum ini dilaporkan membantah masyarakat bukan Islam menggunakan nama Allah.

Menurut mereka yang terbabit, walaupun penganut agama Islam dan Kristian di negara-negara Arab telah lama menggunakan kalimah Allah, namun alasan tersebut tidak sesuai dalam konteks Malaysia.

-------------------------------------------------

mahkamah-akhirat : Betul kita mempertahankan Islam, hanya apabila TEWAS di mahkamah yang bukan Islamik... KAN KAN?  tetapi banyak lagi perkara di Malaysia yang sepatutnya Kerajaan Malaysia prihatin terhadap kesucian Islam tetapi malangnya tidak pula terlintas dek 'politik murahan/sempit/kotor' UMNO! Di Masjid, tidak boleh sentuh politik... masjid hanya digunakan untuk solat.. ada ulamak-ulamak dihalang menyampaikan tazkirah/kuliah di masjid.. Ulamak disisih artis disanjung! Mereka yang menyumbang jasa dalam mengembangkan Islam diganggu oleh penyiasat-penyiasat kerajaan kononnya berkaitan dengan pengganas.. pegawai kerajaan dilarang memakai ketayap/lebai putih ke tempat kerja... tidak diWAJIBKAN menutup aurat bagi kakitangan kerajaan.. dan sebagainya.. 

DI MANA UMNO UNTUK MEMBELA ISLAM??????????? 

MACAM BEST SAHAJA UMNO.. tetapi jauh sekali untuk sayang Islam..

1 Malaysia! Peluk Bukan Mahram Boleh? Aktiviti Pra Sekolah Pasti Tidak Boleh pulak?

Ikhqoi   
Sebelum kita ulas apa kelakuan Datin Seri ini, ucapan tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan  Boonsak Ponsana dalam Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Malaysia Proton 2010 yang berakhir Ahad lalu.

Tujuan penulisan ini dibuat bukan untuk mengulas kehebatan Dato’ Lee Chong Wei menewaskan Boonsak Ponsana dalam straight set, tetapi untuk mengulas kelakuan seorang isteri pemimpin negara ini.

Tanpa menafikan perasan keterujaan rakyat Malaysia selepas Dato’ Lee Chong Wei berjaya merangkul juara Terbuka Malaysia sebanyak 6 kali, tetapi tindakan Penaung Permata ini bagi saya tidak boleh diterima apatah lagi sebagai umat Islam yang waras.

Yang beringat

-ikhqoi-
--------------------------------------------------------


YUSZ FELDA :Itulah BN/UMNO yang sanggup membelakangngkan Islam. bIAR iSLAM  mati tak apa, asalkan UMNO hiduP... itupun ada juga rakyat yang tertipu... kenapa? sebab tidak mahu menggunakan aqal yang waras..

 

Isnin, Januari 25, 2010

Pasti Felda Umas, Tawau ditekan bukti Islam ditekan UMNO!

UMNO merampas hak bersuara.. Felda menjadi mangsa! Peneroka akan mula memperlekehkan Felda dek 'kezaliman' seperti apa yang berlaku kepada peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan! UMNO akan berkubur pada pilihanraya akan datang dek DOA hamba-hambanya yang dizalimi.. UMNO AKAN HANCUR!

 
Alhamdulillah, Islam dapat disebarkan walaupun ditekan... Felda sekarang jaga UMNO.. khasnya Felda di Sabah.. bukankah Sabah & Sarawak benteng terakhir UMNO untuk mempertahankan kerusi Parlimen sekaligus memerintah Malaysia.. UMNO sanggup melakukan apa sahaja untuk 'kuasa' sementara.. sedang Allah Maka Berkuasa.. UMNO bimbang hilang RM dari hilang 'Islam'...

Kesan 'panas isu' Pasti Umas, maka ia lebih mendekatkan lagi warga Umas terhadap apa itu PASTI dan PAS dan akhinrya Islam yang menjadi objektif atas segalanya...

MB Perak yang SAH, 9 FEBRUARI NANTI!



Kes MB 9 Feb: Nizar minta doakan kemakmuran Perak(harakahdaily.net)


Harakahdaily  







IPOH, 25 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran untuk negeri ini.




Ini berikutan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim.




Menurut Khalil, Mohammad Nizar memaklumkan kepada pihaknya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan itu dalam satu kenyataan rasmi, sebentar tadi.

“Beliau (Nizar) juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang memohon kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri ini.

--------------------------------------------------------------------------------

yusz felda : KITA DOAKAN ISLAM MENANG.. 



Datuk Seri Nizar Cedera 
* APAKAH KESAKITAN YANG DIALAMI DS NIZAR BARU-BARU ini MEMBENARKAN KALIMAH SUCI ALLAH SEPERTI DALAM SURAH AL-INSYIRAH?.. MAKA SESUNGGUHNYA BERSAMA KESUSAHAN/KESAKITAN ITU ADA KESENANGAN/PENAWAR... 
 



UNDILAH PAKATAN RAKYAT! 

ANDAIKATA MB DS ZAMRI MENANG PUN, KITA SEBAGAI UMAT ISLAM YANG DAH LAMA DITEKAN UMNO, AKUR.. PASRAH KEPADA ALLAH... TETAPIIIII...


JIKA DS NIZAR DIISYTIHAR MB PERAK YANG SAH, MAKA DUN PERAK JUGA AKAN DIBUBARKAN!

TERKINI! ISU PASTI DI FELDA UMAS, TAWAU... ALHAMDULILLAH.,.


PIHAK PASTI BERTEGAS UNTUK KEKAL DI LOKASI YANG SAMA, MERAYU DITERUSKAN OPERASI SEHINGGA DIKELUARKAN ARAHAN BERTULIS 'MENGARAHKAN KELUAR'.  

Antara alasan (1)pihak Pengurusan Kilang Sawit Wilayah Sahabat, Sabah ialah 'surau di mana operasi PASTI berjalan hendaklah dikembalikan kepada fungsi asal(sekadar untuk solat dan kelas pengajian) dan (2) ia bukan milik persendirian sebaliknya milik Kilang Sawit, Felda.




Saya dan sahabat saya (Ust Lukman-jazakallah kerana tolong teman dan beri pandangan ketika pertemuan) menjelas dan membidas 2 alasan wakil tadi (merangkap Ketua UMNO Cawangan Kilang Sawit).

Hujah kami 1) betul ia asal surau. Tetapi operasi pasti mulai jam 8 pagi hingga 12 t/hari tidak mengganggu aktiviti surau. Malahan amat menyedihkan, satu orang staf yang tinggal di kawasan perumahan pun susah dilihat  untuk memakmurkan surau. Sebelum wujudnya pasti 2008, memang hanya untuk ibadat solat namun jemaah boleh dikira bilangan yang datang. 

(2) Pengurusan Felda telah membenarkan Bilik Gerakan UMNO Tjg Batu beroperasi sebelum pilihanraya ke 12 pada 8 Mac 2008. Lokasi bilik tersebut berdekatan dengan pejabat-pejabat pengurus rancangan dan hari ini bilik tersebut dikenali sebagai Pusat Literasi Umas 2 dan 3. 

Apa yang menghairankan ialah aktiviti yang jelas politik UMNO boleh pula dibenarkan dan aktiviti Pra Sekolah PASTI yang diiktiraf rakan dan lawan (di bawah Dewan Pemuda Pas) dihalang dengan 2 alasan di atas tadi.. sepatutnya Negara Islam yang mengamalkan 1 Malaysia yang demokrasi (BUKAN KUKUBESI) bertolak ansur dan memberi peluang rakyat menikmati perkhidmatan yang ditawarkan... PASTI adalah pendidikan di bawah parti.. tidak ada doktrin untuk menyesatkan aqal suci anak-anak.. tetapi BILIK GERAKAN yang jelas politik untuk warga berusia 21 tahun ke atas diBENARKAN bergerak tanpa ada halangan oleh FELDA. Jelas, semua pengurus perladangan @ tanah rancangan takutkan UMNO dan hanya menjadi SINGA di depan PASTI. he he... Setiap hari mereka akan melalui bilik gerakan yang terletak berdekatan jalan utama. Mereka boleh menipu orang Felda Umas yang bimbang dengan hutang piutang.. tetapi tidak boleh menipu rakyat marhain, rakyat lemah tetapi mempunyai kesedaran untuk menegakkan Islam di bumi Felda yang makin jauh sesat dari landasan beragama...

Jumaat, Januari 22, 2010

PENDAFTARAN PEMILIH BERGANDA DI PERAK? USAHA TERANCANG?

JIKA BENAR...... PETAKA BESAR DEMOKRASI PERAK(ANAKSENGAT.BLOGSPOT.COM)


TELUK INTAN, 19 Jan: PAS Perak kini mengesan satu usaha tersusun pihak-pihak tertentu untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya di Perak melalui pendaftaran pemilih berganda.

Antaranya adalah dengan mengarahkan semua anggota polis agar membuat kad pengenalan awam (IC) di samping mempunyai kad keanggotaan polis sebagaimana biasa.

Dengan cara ini, anggota polis berkenaan akan boleh mengundi dua kali iaitu satu menggunakan kad pengenalan polis dan satu lagi kad pengenalan awam.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, dengan kad pengenalan polis, anggota berkenaan boleh mengundi secara pos manakala kad pengenalan awam melalui undi biasa.

Berita ini pula meletus ketika ura-ura pilihan raya akan diadakan secepat mungkin dan besar kemungkinannya penghujung tahun ini juga khasnya di Perak.

Semasa pilihan raya kecil Bagan Pinang, PAS hampir menarik diri dari pilihan raya kecil itu apabila mereka mengesan banyak nama berganda dalam senarai daftar pemilih.

Namun selepas didapati ia bukan berlaku di Bagan Pinang sebagaimana yang dihujjahkan balik oleh SPR, PAS meneruskan pilihan raya itu.

Ini bermakna, pendaftaran berganda ini mungkin dirancang sedemikian rupa khasnya di Perak.

Menurut sumber Harakahdaily, beliau secara tidak sengaja mendapat maklumat itu melalui perbualannya dengan beberapa pegawai polis di sekitar tempatnya dekat sini.

"Menurut pegawai balai tempat saya berjumpa itu, kesemua 14 anggotanya diarahkan agar membuat kad pengenalan biasa walaupun lambat lagi bersara. Kesemua mereka diarahkan membuat kad pengenalan itu di pejabat pendaftaran secara berperingkat," cerita sumber Harakahdaily itu.

Untuk mengesahkan perkara ini, sumber itu berhubung dengan Setiausaha kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar iaitu Saudara Amran.

"Dia bagitau pada saya, mereka pun dapat maklumat tersebut malam tadi daripada polis daerah Manjong," beritahu sumber Harakahdaily itu.

Kedua-dua mereka membuat andaian, arahan membuat kad pengenalan awam untuk polis ini dibuat serentak ke seluruh negeri Perak kerana maklumat itu sampai serentak kepada kedua-duanya iaitu malam tadi.

Sehubungan dengan itu, mereka meminta PAS khasnya membuat siasatan penuh mengenai hal ini.

--------------------------
yusz felda : bukan sahaja POLIS buat IC, la ni bajet semua kementerian agaknya dikurangkan untuk menghadapi bala besar buat BN/UMNO iaitu kejatuhan pada p/raya akan datang. Yakinlah tuan/puan, UMNO merancang dan Allah juga merancang pada saat kita tewas dengan RM UMNO yang banyak.. insya allah.. BN/UMNO akan tewas dengan kedatangan bala tentera Allah dari pelusuk arah yang kita tak ketahuii.. apakah kita lupa akan peristiwa Badar dan Ahzab? 

Allah mengutus tenteranya yang disahkan sendiri oleh kafir bahawa mereka lihat dan dengar bunyi kuat tetapi tidak tahu apakah dia makhluk tersebut sedang mereka tewas tak bermaya.. itulah Allah mengutus tenteranya.. doakan tentera itu juga dihantar ke Malaysia untuk menyelamatkan Islam agar BN/UMNO tidak memenjarakannya sewenang-wenangnya.. TAKBEEEERRRRRRRRRR!!!

1 Malaysia Rakyat Didahulukan tetapi harga WAJA di Arab Saudi..

 



Ini emel yang dihantar kepada saya.. baca dulu, manatau tak percaya..


looks like easy target..
anyone cares to comment on this one?  





lin
1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...


Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi  = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR  37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94


Maknanya harga Persona kat Saudi 

= RM 33,934 aje
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi 

= RM 32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi 

= RM 35,673 aje


1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia!
RM31,126.97 lebih MAHAL!

Malaysia Government suppose to protect their people instead of cheating their hard earnings..!!

Khamis, Januari 21, 2010

PUSAT ASUHAN TUNAS-TUNAS ISLAM (PASTI) FELDA UMAS, TAWAU DIARAH PINDAH, DALANGNYA UMNO UMAS?

Apakah UMNO Cawangan Kilang Sawit Felda Umas terlibat dengan arahan 'pemindahan PASTI' ini? 
Saya merujuk Pengerusi Surau Perumahan Staf Kilang Sawit( di mana Pasti beroperasi), membuat panggilan telefon berulang kali sejak Selasa malam  Rabu hingga Rabu malam Khamis.. mengirim sms untuk mengadakan perbincangan berkaitan 'ura'Pasti Felda Umas akan dipindahkan @diarah pindah ke tempat lain.. mahu tahu mengapa? Jika pihak berkaitan boleh menerima tawaran berbincang, alhamdulillah.. namun hingga ke saat ini diskusi belum dibuat dan En. Rosli (Ketua UMNO Caw Kilang Sawit Umas) bersetuju untuk berjumpa saya.. dan bukan pengerusi surau tadi.. hairan juga kami.. pengerusi surau yang Islamik, yang pernah membaca harakah.. bilal di Masjid Felda Umas, kini menjadi insan sepi tanpa berita bahkan mengelak pertemuan dengan saya dan rakan-rakan yang ketagih 'perdebatan' ini.. 


Pengerusi surau En. Mail Kopong hanya membalas sms saya semalam (bila saya bertanyakan masa lapang selepas Isyak semalam untuk berdiskusi) dan jawapan beliau :letih dan sila rujuk En. Rosli untuk hal berkaitan surau... itu sahaja jawapannya..


Seakan-akan ingin melarikan diri dari singa sahaja kelakuannya.. kami tak pernah bermusuh sebelum ini.. bahkan saya dan rakan-rakan cukup menghormatinya sebagai pengerusi surau di mana operasi Pasti dijalankan.. 


Pasti menjalankan operasi pada siang hari dari jam 8 pagi hingga 12 t/hari.. tengah hari bebas kepada staf atau orang awam untuk menunaikan solat di situ.. maghrib hingga isyak dijalankan pula aktiviti kelas pengajian Quran.. itupun bukan ada kaitan dengan politik.. 


Solat berjemaah jarang dihadiri oleh staf kilang sawit.. Khamis petang, dijalankan kelas takmir oleh saya yang mendapat tauliah Jakim, Caw sabah.


Jadi, mengapa Pasti mahu dipindahkan? apakah kerana saya (penyokong Parti Islam) berada di sebalik PASTI dan pihak UMNO tidak suka kepada PAS, maka begitu mudah aktiviti Pas (PASTI) disingkirkan?? apakah UMNO tidak merasakan bahawa mereka sebenarnya MENYINGKIRKAN ISLAM ??? Kerana Pasti adalah aktiviti bukan maksiat.. aktiviti ibadah.. mendidik generasi muda untuk dekati Islam.. apakah UMNO tidak suka Islam? ternyata jika ianya menjadi kenyataan dan disahkan nanti oleh En. Rosli, maka sahlah UMNO BENCI ISLAM DAN UMNO DALANG DI SEBALIK APA YANG BERLAKU YANG MENYUSAHKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!!!

Harapan saya, agar pembaca artikel ini mendoakan KERUNTUHAN DAN KEBINASAAN UMNO DI MALAYSIA!!! TAKBEEER!!!