Selasa, Julai 20, 2010

Saringan akhir peserta Ramadhan di Gaza esok! Ciri-ciri yang beri perhatian antaranya 'akhlak'..



Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sedang menjalankan proses akhir penyaringan peserta yang mendaftar untuk menyertai misi Ramadhan di Gaza (Radig) yang dijangka berlepas pada awal Ramadhan ini.
Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) yang akan mengetuai delegasi Radig memberitahu, hanya 40 orang yang akan dipilih untuk menyertai misi berkenaan daripada 600 senarai nama yang diterima pihaknya.






Beliau juga memberitahu, peserta dipilih berdasarkan beberapa kriteria dan yang paling ditekankan ialah kesungguhan untuk memberikan masa dan tenaga bagi misi berkenaan selain daripada kesihatan fizikal, mental, dan kekuatan emosi dan spiritual untuk menghadapi sebarang risiko sepanjang misi berjalan.

Mapim juga menitikberatkan syarat-syarat dari sudut akhlak dan keperibadian mereka yang ingin menyertai misi ini.

"Kita juga melihat kepada kemahiran dan kepakaran seseorang itu kerana masing-masing akan diberi tugas mengikit kemahiran mereka. 

Menyentuh mengenai dana, beliau memberitahu, Mapim telah berjaya mengumpul kira-kira RM100 ribu hasil sumbangan orang ramai dan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya RM500 ribu sebelum berlepas ke Gaza.

Dalam pada itu, beliau berkata, Mapim sedang menghubungi pihak berkuasa di Gaza untuk membina hospital kanak-kanak di sana dan persetujuan lisan telah pun diperoleh.

Selain itu, pihaknya juga menghubungi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), sekretariat Asean, Wisma Putra dan kerajaan Mesir bagi melancarkan perjalanan misi berkenaan.

"Setakat ini kita belum mendapat jawapan secara rasmi tapi kita masih menghubungi melalui surat agar mereka dapat memberikan laluan yang lancar untuk kita masuk ke Gaza," katanya.

---------------------respon : Alhamdulillah.. jika Al_quran dan hadis didaulatkan.. segala pelaksanaan insya allah tak akan lari dari agama, bahkan disukai ramai manusia untuk membantu. Tahniah Mapim!
 

Tiada ulasan: