Sabtu, Julai 17, 2010

Program anak syarikat FELDA perlu pantauan panel syariah! Respon Karnival Umas 2010 tadi..

Hari ini, Karnival Umas 2010 anjuran Felda Trading, anak syarikat Felda.. diadakan di perkarangan D'Mart Umas 05, Felda Umas, Tawau.. antara acara ialah pertandingan mewarna, melukis, memasak, teh tarik.. semalam seorang Ketua Wanita Penerokawawi menghubungi saya untuk menjadi hakim pertandingan memasak pada hari ini.. namun, saya memohon beliau menghubungi rakan saya Ust Lukman.. beliau pakar masakan.. kerana tema pertandingan memasak GULAI KAWAH.. 

Akhirnya, saya disahkan juga terlibat menjadi hakim kerana ramai pengurus tiada dan rakan-rakan guru lain yang pakar tiada..

Saya pon terima.. 'profesional' bah! Walaupun sesetengah pihak melarang pro pembangkang memberi khidmat di Felda Umas, namun itu tidak menghalang kerja-kerja Islam di Umas.. apa maksiatnya menjadi hakim? kan kan.. 

  
Syarikat IndoCafe hadir memberi khidmat minuman air kopi sejuk percuma selain menyelia acara 'teh tarik' keluaran syarikat Marigold..

  
Puan Galoh.. ketua hakim memasak..

  
Gelagat peserta.. 8 orang semuanya..

  
Yang kiri (lengan pendek) JUARA!

  
Ramai yang hadir..

  
Antara hasil masakan 'gulai kawah' tetapi guna ayam.. Emm.. sodap!!
Diadili dari segi rasa, kriteria dan hiasan..

  
Ust Lukman antara orang yang dianggap 'berbahaya' dalam kalangan guru di Felda Umas.. turut hadir memberi kerjasama sebagai hakim.. profesional bah! *bahaya-pro pembangkang lerr.

  
Kenangan peserta memasak...

  
Acara tarik tea.. masa ini dimainkan lagu.. terpulang kepada penganjur.. lagu apa dia mau pasang dan ikut suka penarik tea.. dangsut boleh.. rock bleh.. juru acara siap sebut. gelek lagi.. gelek lagi kepada penarik tea wanita.. guaner tu???

 
Inilah masalah besar dalam acara FELDA.. tiada pantauan pihak agama dalam Felda.. diadakan tarian poco-poco sebelum diumumkan keputusan pertandingan.. berjogetlah makcik makcik tanpa rasa bersalah di sisi agama.. masalahnya yang hadir ada lelaki.. ada pelajar sekolah lelaki.. niat untuk happy.. tapi Allah happy ker? staf Felda Trading pon nampak kurang faham hal agama... itulah sebab perlu ada pegawai agama di Felda!

terima kasih kepada Felda Trading buat program yang baik, namun perlu jaga hal melibatkan HUKUM HAKAM.. tq bg hadiah kat saya.. :)

Tiada ulasan: