Ahad, Julai 25, 2010

Hasan akui temu Harussani tetapi bukan sulit! Ahaa.. HAPUSKAN DAKYAH UMNO!


Harakahdaily   
SHAH ALAM, 24 Julai: Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) mengesahkan beliau ada bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dua bulan lalu tetapi bukan ada agenda sulit.

Beliau memberitahu, pertemuan tersebut diadakan secara terbuka dan ditempat yang terbuka bagi pihak kerajaan negeri Selangor atas kedudukannya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam dan adat Melayu.


Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pemimpin dan ahli PAS khasnya agar jangan berprasangka jahat terhadap beliau dan menumpukan kepada persiapan menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

Tiada ulasan: