Sabtu, Julai 24, 2010

Khalid desak siap segera Hospital Shah Alam. Terbengkalai kerana UMNO?


Dzulfikar Mashoor   
SHAH ALAM, 23 Julai: Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak digesa segera mengambil alih projek pembinaan Hospital Shah Alam, kata Khalid Samad.

Gesaan itu ekoran pergaduhan dalaman Sunshine Fleet Sdn. Bhd. selaku kontraktor utama dengan sub-kontraktor GMH Healthcare yang akhirnya melumpuhkan keseluruhan kerja-kerja pembinaan projek mega bernilai RM482 juta itu.

"Sila siapkan segera, tiada bajet tambahan, tiada tender semula dan tiada pemberian tender secara rundingan langsung," tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam pagi tadi khusus pada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya.

Tiada ulasan: