Khamis, Julai 29, 2010

21 kes pelajar sekolah mengandung luar nikah

ARKIB : 28/07/2010

21 kes pelajar sekolah mengandung luar nikah 

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0728&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

28/07/2010 12:44pm

KUALA LUMPUR 28 Julai - Kementerian Pelajaran hanya mengesan sebanyak 21 kes pelajar yang mengandung luar nikah di sekolah bandar dan luar bandar antara tahun 2006 hingga 2010.
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, 12 kes yang direkodkan itu berlaku di sekolah luar bandar sementara sembilan kes lagi berlaku di sekolah bandar.

"Sebanyak 20 kes mengandung luar nikah itu juga berlaku berdasarkan suka sama suka antara pelajar dan pasangan mereka sementara satu kes melibatkan jenayah rogol.

"Kesemua kes ini dikumpulkan berdasarkan sumber laporan akhbar, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah terbabit dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Menurutnya, masalah sosial ini berterusan berikutan naluri kedewasaan pelajar di samping kebebasan keterlaluan yang diberi keluarga sehingga kejadian berkenaan berlaku di rumah dan bilik pelajar itu sendiri.
 -------------------
mahkamah : Sebab di atas boleh diterima.. saya berpendapat.. sebab 'kurang didikan agama', masalah diri pelajar, masalah ibubapa kurang kemahiran mendidik.. kurang ilmu di dalam dada.. antara punca yang bisa diberikan bagi kes di atas... 

Tiada ulasan: