Khamis, Julai 22, 2010

Khairy sedar Umno tiada masa depan lagi?


Mohd Rashidi Hasan
Mohd Rashidi Hassan   

'TIADA angin tiada ribut'. Tiba-tiba sahaja Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membuat pengumuman bahawa beliau sedang menimbangkan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya.

Ketika ditanya lanjut oleh agendadaily, laman portal pro-Umno, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, "Pada waktu ini saya lebih cenderung kepada mengosongkan jawatan selepas satu penggal. Walaupun belum muktamad lagi, tapi I am seriously considering."

Khairy menafikan beliau merajuk, tetapi beliau mahu memberi peluang kepada orang-orang baru. Katanya, walaupun usia baru mencecah 36 tahun, namun tiga penggal dalam pemuda sudah terlalu lama. Beliau menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan dalam tempoh dua tahun.

Namun, Khairy mengakui bahawa 'politic is a big boy’s game. Its not child’s play'. Juga beliau akui tiada perlunya bersikap terlalu idealistik atau terlalu berharap.

Mengapa agaknya Khairy bersikap sebegini? Apakah baru sekarang beliau sedar, beliau tidak diperlukan dalam Umno dan tidak berpeluang dilantik menganggotai Kabinet?

---------------------------
respon : saya juga perasan bahawa dalam blog UMNO sendiri.. yang 'mengutuk' dan 'memperlekeh' Ketua Pemuda UMNO ini.. mungkin akar umbi UMNO pon tak mahu..

Tiada ulasan: