Selasa, Jun 08, 2010

Isu Penubuhan Loji Kuasa Nuklear di Malaysia!

Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear?
Christine Chan malaysiakini.com/bm
Jun 7, 10
1:54pm
Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air, Datuk Peter Chin, hari ini diasak berhubung keupayaan kerajaan menjamin keselamatan orang awam sekiranya negara meneruskan hasratnya menubuhkan sebuah loji tenaga nuklear.
"Bagaimana kita pastikan stesen nuklear itu akan selamat, sedangkan stadium, masjid dan stesen bas yang kita bina juga runtuh?” soal ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika sessi soal jawap di Dewan Rakyat.

Selain langkah-langkah keselamatan, Lim juga mendesak Chin supaya menjelaskan mengapa kerajaan tidak sebaliknya mengkaji kemungkinan menggunakan sumber tenaga lain yang boleh diperbaharui.Lim juga ingin tahu kos loji nuklear yang bakal diwujudkan pada 2021, lokasi dan impaknya kepada kawasan sekitar, serta langkah keselamatan dan kaedah pembersihan sisa nuklear yang akan dipraktikkan.

Mengenai lokasi, Chin berkata janakuasa itu dijangka dibina di Semenanjung berdasarkan permintaan elektrik yang tinggi di kawasan tersebut pasca 2020.

Bagaim
anapun lokasi tepat bagi membina loji nuklear tersebut belum ditentukan, katanya.
------------------------

yusz : rakyat ragu dengan pembinaan nanti..

Tiada ulasan: