Isnin, Jun 21, 2010

Masjid Amal & Kampong Luanti Baru menuju puncak!


18 Jun 2010  lalu, saya dan keluarga berkesempatan singgah di Sungai Luanti Baru.. dahulu pernah diadakan Jambori Amal Kebangsaan di kawasan ini.. kalau tak silap tahun 2006. Berikut sedutan berita di harakahdaily tentang aktiviti Jambori Amal Kebangsaan 2006 yang diadakan di sini..  

Sabah tuan rumah Jambori Unit Amal Kebangsaan Tue | Aug 08, 06 | 06:42:06 PM
Oleh Sahar Abdul Majid
KOTA KINABALU, 8 Ogos (Harakah) - Jambori Unit Amal Kebangsaan buat julung kalinya akan diadakan di Sabah pada 19 hingga 23 Ogos  ini bertempat di Luanti Ranau sebuah perkampungan masyarakat Kadazandusun dekat sini.

Program yang dinamakan “Jambori Amal Kebangsaan 2006” yang berlangsung selama 5 hari itu, merupakan satu pengiktirafan buat Sabah kerana buat julung kalinya dipilih sebagai tuan rumah pada kali ini.

Menurut Pengarah Unit Amal Negeri, Ustaz Zol Amri Abdullah, Jambori Amal kali ini adalah yang amat istimewa kerana para peserta dari seluruh negara khususnya peserta dari Semenanjung buat pertama kalinya menyeberangi Laut China Selatan untuk berkampung di sini.

“Apa yang paling istimewa ialah sebahagian besar peserta yang terpilih akan berpeluang ke kemuncak Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara” kata Ustaz Zol.

Beliau yang juga Pengarah Program dan sebagai tuan rumah, menjangkakan lebih 400 peserta seluruh negara bakal mewarnai suasana perkampungan itu dengan pelbagai aktiviti dalaman dan kemasyarakatan.

Katanya, antara program yang amat dinantikan oleh masyarakat sekitar ialah program keluarga angkat, pemeriksaan kesihatan dan motivasi pelajar  bersama bekas penyanyi kumpulan nasyid terkenal Raihan iaitu saudara Nazri yang kebetulan anak tempatan Daerah Ranau.

Program lain yang turut diadakan ialah Ceramah Keluarga Bahagia, Bengkel Fardhu Ain, Malam Kesenian Islam dan gotong royong membaiki sebuah masjid di kampung berkenaan.

Ustaz Zul menambah, perkara yang lebih penting ialah program sedemikian dapat melebarkan lagi skop dakwah di kalangan masyarakat setempat yang rata-ratanya masih jauh dari kefahaman Islam sebenar di samping merapatkan lagi hubungan di kalangan masyarakat bukan Islam di sekitarnya.

Selain itu, katanya ia juga dapat memupuk hubungan silaturrahim dan kesetiakawanan yang lebih intim di kalangan peserta di samping melahirkan insan yang cergas, berpengetahuan dan berani menghadap cabaran sesuai dengan sifat kepemudaan.

Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayub dijadualkan akan merasmikan Jambori Amal itu.
 
Kali ini ia dijadikan antara produk pelancongan baru untuk Negeri Sabah.. dahulu dibenarkan mandi di kawasan yang mempunyai ikan, namun diLARANG MENJALA/MEMANCING ikan.. KINI kawasan tersebut tidak dibenarkan mandi kecuali berbayar... MANDI KOSONG boleh di kawasan yang tiada ikan... di kawasan ikan, kini aktiviti urutan semulajdi oleh ikan-ikan yang dipelihara BERBAYAR... kalau tak silap RM25 selama 15 minit..


   
Mandi biasa dikenakan RM1/orang.. 

  
Selamat untuk dewasa dan kanak-kanak seawal usia 2 tahun untuk mandi-manda di kawasan ini... 

MASJID AMAL YANG DIBAIKI YAYASAN AMAL DAN UNIT AMAL KEBANGSAAN PADA 2006 KINI TESERGAM INDAH BERHAMPIRAN LOKASI MANDI MANDA INI.. TIDAK ADA MASALAH JIKA MAHU SOLAT.. 

JEMPUTLAH DATANG, PASTI TERUJA... :)


Tiada ulasan: