Rabu, Jun 23, 2010

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin PENGGANAS??? OLEH ANAKSENGAT.BLOGSPOT.COM

Rabu, 2010 Jun 23


ANAKSENGAT.BLOGSPOT.COM

Presiden PAS TG Hj Hadi antara yang disenarai JAKIM sebagai teroris yang dimaksudkan melalui JI dan Wahabi. Jika TG Presiden adalah JI atau Wahabi beerti lebih setengah juta ahli PAS adalah JI atau Wahabi.... sila sediakan penjara yang lebih...kalau boleh bangunkan semula pudu yang sedanag diroboh untuk ahli JI atau Wahabi yang dianggap kerajaan umNO sebagai pengganas... ternyata barua umNo yang didik Yahudi melalui APCO sedang menyuntik jarumnya....
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, cubaan mengaitkan fahaman Wahabi dengan Jemaah Islamiah (JI) atau terorisme adalah agenda barat serta musuh yang mahu memburukkan Islam.
Mengulas laporan portal berita Malaysiakini hari ini beliau berkata, musuh Islam sememangnya menggunakan isu perbezaan mazhab untuk memecahkan umat Islam.
"Wahabi tidak ada kena mengena dengan teroris pun, itu satu agenda barat dan musuh Islam," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika di temui di pejabat pembangkang di Parlimen sebentar tadi.
Laporan Malaysiakini semalam turut mengaitkan Tuan Guru Abdul Hadi dengan "lingkaran Wahabi, JI" berdasarkan sumber mesyuarat anti-keganasan di Bukit Aman, Isnin lalu.
Mengulas laporan itu, Tuan Guru berkata "Saya memang belajar di universiti Wahabi, dapat biasiswa Wahabi," katanya sambil tersenyum.
"Tetapi saya ada pandangan saya sendiri,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan isu JI ini timbul, ada kaitan dengan pilihan raya.
Menurutnya, Umno BN cuba mengaitkan Islam dengan terorisme bagi menakutkan orang bukan Islam dengan PAS yang dilihat semakin mendapat sokongan golongan itu.
"Dalam konteks kita, isu JI ini dibangkitkan supaya orang bukan Islam takut kepada PAS.
"Mereka cuba melabelkan PAS sebagai ekstremis, ini agenda BN," katanya.

KUASA RESIDEN APCO MULA BERTARING...

Kita menanti apa sebenarnya sedang dirancang oleh kerajaan Malaysia denganisu JI yang mula dijaja. Sebelum ini isu perkauman adalah mainan kerajaan Malaysia, namun isu itu sudah tidak relevan lagi. Kini isu agama adalah asas untuk memecahkan perpaduan dan kestabilan politik negara di saat umNo semakin nazak.

umNO memainkan isu keganasan dan islam dijadikan sasaran sebagai satu petunjuk jelas bahawa jarum Yahudi benar benar telah meresap dalam urat nadi kerajaan Malaysia. Ternyata APCO yang menjadi penasihat Malaysia telah berjaya mengulangi tugas Residen sewaktu penjajahan. Jika dulu Penjajah merampas kuasa melalui penasihat kerajaan atau residen, kini Kerajan merdeka membayar penjajah untuk menjadi residen atas nama konsultan ......

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.
Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan di sebuah hotel di Sepang malam Isnin lalu yang melibatkan pegawai tertingginya diberikan penerangan tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara.

Difahamkan juga Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin didakwa memberikan penjelasan itu kepada pegawai yang hadir.

Menurut sumber, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri), mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, Dr Juanda dan Dr Asri berkata: "Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.
Menurut mereka, Abdul Hadi (bawah, kanan) dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan.
"Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat.

"Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) (bawah, kiri) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat.

"Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," tambahnya.

Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.

'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri (bawah, kanan) dan Dr Juanda.
Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang.

Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.
Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas".

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.

"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka

Tiada ulasan: