Ahad, Jun 27, 2010

Felda Bangkrap? 4 akan disaman Felda.. nah!! Panas ni...

'Felda bankrap' - Suara Keadilan, Zaid disaman

KDN panggil Editor Suara Keadilan

KULIM 26 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memanggil pengurusan dan editor kanan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan untuk memberi keterangan berhubung penyiaran laporan berunsur fitnah berkaitan kerugian Felda.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, editor kanan akhbar tersebut dipanggil hadir ke pejabat KDN di Putrajaya, semalam.

“Tindakan ini dibuat berhubung penyiaran laporan tidak berasas dan tidak benar berkaitan Felda yang dikatakan mengalami kerugian besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan 
Perwakilan UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu di sini hari ini.

Akhbar Suara Keadilan pada 22 hingga 29 Jun itu menyiarkan berita muka hadapannya dengan tajuk Felda Bankrap dan empat lagi artikel berkaitan dalam keluaran sama.

Berikutan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan semalam berkata, Felda akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Keadilan dan beberapa pemimpin parti itu kerana didakwa menyiarkan laporan berunsur fitnah.

Empat pemimpin pembangkang yang akan disaman ialah Datuk Zaid Ibrahim; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tan Kee Kwong dan Suhaimi Said serta Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Wahid Endut.
--------------------------------------------
www.malaysiakini.com/bm

Dalam sidang media di ibu pejabat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu di ibu negara, Ahmad menjelaskan mustahil FELDA di ambang bankrap memandangkan ia merupakan "pemilik tanah paling besar di dunia" dengan 23,000 kakitangan pengurusan.

Katanya, walaupun tunai syarikat itu berkurangan sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh empat tahun (sehingga tahun lalu), aset semasa dan tetap FELDA menonjak sebanyak RM6.2 bilion dalam tempoh yang sama.
Ahmad yang juga ahli parlimen Pontian berkata syarikat itu juga mempunyai pelaburan di pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Arab Saudi, China, India dan Australia.

"Kedudukan kewangan FELDA kini sangat kukuh berdasarkan nisbah-nisbah kewangan (financial ratios). Aset bersih FELDA sekarang berjumlah RM12.2 bilion," jelas Ahmad.

Sementara itu, Ahmad juga berpendapat, selain "dengki", motif di sebalik penyiaran berita siaran dalam Suara Keadilan itu dibuat ekoran FELDA diterajui perdana menteri sendiri.

"Sasarannya pada perdana menteri sendiri. Kedua, FELDA ini kubu kuat BN. Mereka (pembangkang) hendak pecahkan penguasaanBN," katanya.



Tiada ulasan: