Khamis, Jun 10, 2010

Usul Muslimat 30% jawatan untuk Muslimat dalam AJK Kerja Pas Pusat!


Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 10 Jun: Muktamar Dewan Muslimat PAS hari ini meluluskan usul mendesak PAS Pusat membuat ketetapan di semua peringkat agar melantik 30 peratus daripada ahli Jawatankuasa kerjanya daripada kalangan muslimat.

Usul yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Kerian, yang telah dipinda oleh lembaga penapis usul DMPP itu bersetuju dengan desakan itu demi untuk memberi pengiktirafan kepada muslimat yang mewakili separuh daripada pengundi dan separuh daripada rakyat Malaysia.

Ianya juga dipersetujui demi untuk menyahut resolusi Pakatan Rakyat 2009 dan Deklarasi Beijing
.
---------------------------
Langsung: Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-50
Harakahdaily   
KOTA BHARU, 10 Jun: Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-50 berlangsung di Perdana Resort bermula jam 9.00 pagi dengan alunan ayat suci al-Quran serta nyanyian lagu Negaraku dan lagu PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan dua ahli jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Andul Ghani Abdul Rahman dan Anuar Tahir hadir sebagai pemerhati.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Kartini Ahmad dalam ucapannya menyeru para perwakilan merealisasikan tema muktamar kali ini iaitu 'Muslimat Penggerak Kemenangan, Penyelamat Ummah'.

9.30 pagi: Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dalm ucaptamanya berkata, muslimat akan terus mempertahankan konsep kepimpinan Ulama' dalam PAS.

Tiada ulasan: