Khamis, Jun 17, 2010

10 hilang gelaran di Kelantan!

10 hilang gelaran
Oleh Betty Subaryati dan Ramli Hussin
bhkb@bharian.com.my
2010/06/17

Ahmad Rusli Iberahim (kiri) dan   Shkori Mohamed.
Ahmad Rusli Iberahim (kiri) dan Shkori Mohamed.


  • Pemangku Raja Kelantan lucut anugerah tujuh Datuk, tiga JP



  • Senator, bekas pegawai kanan negeri, kontraktor antara terbabit



  •  



  • KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, semalam, menarik balik gelaran dan darjah kebesaran negeri daripada 10 individu termasuk tujuh Datuk Paduka dan tiga Jaksa Pendamai (JP). 



  •  



  • Tujuh Datuk Paduka yang ditarik balik pingat masing-masing adalah Ahli Dewan Negara (PAS), Senator Ahmad Rusli Iberahim; bekas Pegawai Kewangan Negeri, Shkori Mohamed; bekas Pegawai Jajahan Kota Bharu, Ismail Ghani dan empat ahli perniagaan iaitu Wan Hassan Wan Zin; Mohd Raihan Dr Eusuff Teh; Tan Huat @ Tan Liang Chong serta Ibrahim Ab Kadir. 



  •  



  • Tiga pingat JP yang ditarik balik adalah daripada kontraktor, Yusri Che Noh; bekas pegawai Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) Tengku Ahmad Zahari Tengku Abdul Kadir dan pegawai bank, Tengku Abu Bakar @ Tengku Azman Tengku Ismail.

    Jumaat lalu, tindakan sama diambil oleh Jumaah Majlis Diraja Johor apabila melucutkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada empat individu termasuk bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penjelajah solo ke Kutub Utara dan Kutub Selatan, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

    Dua lagi ialah adik ipar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Komander Shaftdean Lutfy Rusland yang berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan seorang peguam, Hassan Yunos.









  • Tiada ulasan: