Ahad, Jun 20, 2010

Parlimen Batu hampiri pilihanraya kecil? Hakim setuju berjumpa Isnin ini..

Status Chua: Hakim setuju berjumpa Isnin ini
Hafiz Yatim
Jun 18, 10
10:51am
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha bersetuju berjumpa kedua-dua pihak dalam kes membabitkan ahli parlimen Batu, Tian Chua pada pagi Isnin ini.

Perkara itu di
sahkan oleh peguam Tian - Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad - yang berkata hakim berkenaan bersetuju berjumpa mereka bagi menjelaskan keputusan penghakimannya.

Sebelum ini, ketidakpastian terus menyelubungi nasib Tian sebagai ahli parlimen Batu kerana didenda RM2,000 semalam oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan menggigit seorang polis tiga tahun lalu.

Peguamnya hari ini gagal menemui hakim yang memutuskan hukuman itu, bagi mendapatkan penjelasan.

Sesetengah peguam berpendapat MP Batu itu telah hilang kelayakannya berikutan hukuman berkenaan.

“Kami sedang berusaha gigih untuk mendapatkan ulasan berhubung keputasan semalam,” kata Amer Hamzah pagi ini.
Pe
guamnya juga telah mengutus surat kepada hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha petang semalam bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau. Surat berkenaan memohon hakim sama ada untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu atau menterjemahkan keputusannya.

Bagaimanapun dipercayai hakim telah memaklumkan kepada penolong pendaftar - bahawa keputusannya berhubung 'tiada pilihan raya kecil' adalah jelas dan tidak perlu baginya meminda denda RM2,000 yang dikenakan itu.

Tian Chua berkata beliau akan menunggu penghakiman bertulis dan bertegas bahawa beliau masih ahli parlimen Batu.

"Penasihat undang-undang kami sedang meneliti perkara itu sekarang ini. Kita tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan. Ia sepatutnya di bawah Artikel 53 perlembagaan persekutuan,” kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kepada Malaysiakini.

Status kerusi Tian Chua dikatakan masih tidak jelas memandangkan beliau telah melangsaikan denda RM2,000 itu dan tidak memohon supaya hukuman ditangguhkan.

Kont
roversi timbul petang semalam apabila Mahkamah Tinggi menolak rayuan tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Mengikut Artikel 48, perlembagaan persekutuan, seseorang ahli parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.

Peguam tersohor negara yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa Tian mungkin hilang kerusinya.

"Jika d
enda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu.”

Tiada ulasan: