Selasa, Jun 08, 2010

Felda bakal pengeluar daging dan susu lembu terbesar selain gula!

Pengeluar daging, susu terbesar
Oleh Anwar Hussin dan Zainab Mohd Yatim

2010/06/08

 NAJIB  bersama   Dr  Mohd Yusof  (dua dari kanan); Presiden 
Kumpulan Felda Global, Datuk Mohd Bakke Salleh (kiri); Ahli Lembaga 
Pengarah IffcoAllana, Feroz Allana (tiga dari kiri); Ahli Lembaga 
Pengarah IffcoAllana, Irfan Allana (kanan);  Timbalan Menteri di Jabatan
 Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (dua dari kiri)  Pengarah Besar 
Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab (kanan) dan Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob
 (dua dari kanan) pada Majlis pemeteraian usaha sama  di  Kuala Lumpur, 
semalam.
 
NAJIB bersama Dr Mohd Yusof (dua dari kanan); Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Mohd Bakke Salleh (kiri); Ahli Lembaga Pengarah IffcoAllana, Feroz Allana (tiga dari kiri); Ahli Lembaga Pengarah IffcoAllana, Irfan Allana (kanan); Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (dua dari kiri) Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahab (kanan) dan Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob (dua dari kanan) pada Majlis pemeteraian usaha sama di Kuala Lumpur, semalam.
 
Usaha sama FELDA laksana projek ternakan babitkan pelaburan RM688j

FELDA menerusi anak syarikatnya Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, menjalin usaha sama dengan Middle East Oils & Grains Ltd (MEOG) dan Felda IFFCOAllana Malaysia Sdn Bhd bagi melaksanakan projek ternakan lembu bersepadu membabitkan pelaburan RM688 juta.

Projek berkenaan yang akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini, bakal menyaksikan FELDA muncul pengeluar daging dan susu lembu terbesar negara. 

 
Perjanjian usaha sama antara ketiga-tiga syarikat itu dimeterai di Kuala Lumpur. Ia disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Yusof Noor.

Tiada ulasan: